BTC USD 82,500.0 Gold USD 4,164.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sayangnya Rasulullah Kepada Umatnya

selawat dan salamku kepada junjungan Rasulullah S.A.W, mudahan bertemu jua kita Ya Habibullah...
 
selawat keatas nabi....knp tidak dicompilekan sekali?
 
Terharu dengan cerita ni...rindu pada Rasullullah...:((
 
cerita Rasulullah tidak akan habis sampai bila2.......
 
Tumpang post yer TT.. aku bila g masjid suka baca tng perkara nie.. bila aku jumpa selalunya aku akan baca...


Wasiat terakhir Rasulullah


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijriah, 632 Masihi di lembah Uranah, Gunung Arafah.

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak di atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu di atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia daripada yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa, kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak ada lagi agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah mereka yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir mendengarnya lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang terus mendengar daripadaku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

Tanggal 25 Zulkaedah 10 Hijriah (632 Masihi), Nabi dan rombongannya seramai lebih 100 000 umat Islam bergerak meninggalkan Madinah menuju Makkah untuk mengerjakan ibadah Haji. Perjalanan sejauh 498 km itu memakan masa beberapa hari. Mereka berihram di miqat makani (tempat memulai niat haji atau ihram) Zulhulaifah. Seluruh anggota rombongan haji mengenakan pakaian ihram, berarak dengan pakaian yang sangat sederhana, seluruhnya bersatu, membulatkan tekad hanya kepada Ilahi.

Baginda Nabi Muhammad mengucapkan talbiah dengan disahut pula oleh kaum Muslimin seluruhnya: “Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarika laka labbaika, Alhamdu lillahi wan-ni’matu wasy-syukru laka labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika.” (Kupenuhi panggilan-Mu, ya Allah, kupenuhi panggilan-Mu. Kupenuhi panggilan-Mu, tiada bersekutu Engkau. Kupenuhi panggilan-Mu. Puji, nikmat dan syukur kepunyaan-Mu. Kupenuhi panggilan-Mu, tiada bersekutu Engkau. Kupenuhi panggilan-Mu).

Setibanya di Makkah pada tanggal 4 Zulhijjah, baginda melakukan tawaf dan sa’ie dari bukit Safa dan Marwah, dan berpakaian ihram sehinggalah pada hari Nahar (10 Zulhijjah). Menjelang tanggal 8 Zulhijjah rombongan Baginda Nabi berangkat pula untuk bermalam di Mina.

Terbit matahari pagi 9 Zulhijjah, baginda dan rombongan umat Islam bergerak menuju Arafah, yang terletak sejauh 25 km dari Makkah. Mereka singgah di Namirah, sebuah desa di sebelah timur Arafah. Tatkala masuk waktu zuhur, baginda Rasulullah s.a.w menaiki untanya al-Qaswa, menuju ke perut wadi yang dikenali sebagai lembah ‘Uranah. Ditempat itulah, manusia seluruhnya dipanggil. Sambil baginda tetap di atas al-Qaswa, dengan lantang baginda menyampaikan khutbahnya. Setiap kalimat ucapan Nabi diulang kembali dengan nyaring oleh Rabi’ah b. Umayyah b. Khalaf.

Seusai khutbah itu, Bilal terus mengumandangkan seruan azan. Rasulullah s.a.w mendirikan solat zuhur dua rakaat, seterusnya diiqamatkan lalu terus mendirikan solat asar dua rakaat sejara jama’ dan qasar
 
terima kasih incik only1....okies gudjib!
 
Banyak kan la kita berselawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w pada bulan rejab ni..
 
di hari akhirat kelak Rasulullahlah satu2nya tmpt bergantung kita org2 Islam....
 
Back
Top
Log in Register