BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Saya pernah ditawar wang berjuta'

Halimm

Active+ Member
Messages
3,963
Joined
Aug 18, 2009
Messages
3,963
Reaction score
14
Points
25
'Saya pernah ditawar wang berjuta'

Oleh Nor Akmar Samudin

2010/06/08

MELIHAT rakan sebaya sudah berumah tangga, terdetik jua di hati Fouziah Gous, 28, untuk mengakhiri zaman bujangnya, namun, kata Fouziah, belum ada calon suami yang sesuai untuk dirinya ketika ini.

FOUZIAH...nyatakan ciri-ciri lelaki pilihan. KESAL...Fouziah pernah diajak lakukan ‘dinner job’.

Dulu, bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ini pernah digosipkan dengan pelakon Iqram Dinzly, 29. Namun, hubungan mereka lebih dianggap sebagai gimik dan cinta lokasi. Sekejap ada, sekejap hilang.


Baru-baru kecoh pula di halaman sosial Twitter mengatakan Fouziah dilamar 'secara murahan' oleh Iqram. Maklum sajalah dalam laman itu ramai dalam kalangan rakan Twitter boleh melihat apa yang mereka sembangkan itu.

Dalam pertemuan dengan Fouziah di Balai Berita, minggu lalu, Fouziah menjelaskan itu semua hanya usikan Iqram semata-mata.

"Saya tahu Iqram hanya mengusik dan saya pun membalasnya saja secara suka-suka. Tak sangka pula perkara ini menjadi isu pula. Memanglah pada umur sekarang, ia saat yang sesuai untuk berumah tangga tapi tidaklah sampai saya 'melelong diri' di Internet!

"Saya masih waras lagi. Apabila ramai yang turut memberi komen dalam halaman itu, saya sudah tidak mengaktifkan Twitter saya lagi. Memang saya agak cuai kerana halaman itu boleh dilayari sesiapa saja.

"Saya tak akan buat lagi perkara macam itu. Pun begitu saya tidak begitu terasa hati kerana ia bukanlah perkara serius, saja bergurau dengan Iqram. Banyak perkara lain yang perlu saya fikirkan terutama mengenai kerjaya saya sekarang," katanya kepada Rap.

Kata Fouziah yang semakin langsing, memang dia teringin menamatkan zaman solonya secepat mungkin. Emaknya juga sudah bising, tetapi hendak buat macam mana kerana belum ada jodoh.

"Ciri lelaki yang menjadi idaman saya, dia mestilah menerima saya seperti gadis biasa di luar di sana dan bukannya sebagai Fouziah Gous seorang pelakon.


"Lelaki itu mesti ada prinsip hidup, pekerjaan tetap dan seorang yang beriman. Dia juga mestilah seorang yang bijak.

"Tapi terus terang, sehingga sekarang, saya belum lagi berjumpa jejaka idaman saya yang sebenar-benarnya. Malah kalau ditakdirkan berkahwin nanti, saya bersedia berundur dari bidang seni jika itulah pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk suami," katanya .


Menjawab soalan mustahil wanita cantik sepertinya tiada yang cuba himpit termasuk VIP dan tokoh korporat, Fouziah mendedahkan, ia memang ada, tetapi dia sendiri yang lari!

Katanya, ada lelaki VIP yang cuba memancingnya dengan wang jutaan ringgit tetapi dia tidak mahukan itu semua kerana percaya, cara itu tidak akan dapat mengekalkan kebahagiaan hidup.

"Siapa yang mahu beri kita duit berjuta tanpa mendapat apa-apa? Wang memang boleh buat manusia jadi kelabu mata tapi maruah diri saya cuma satu saja. Saya kena pertahankannya demi nama baik diri dan keluarga.


"Ada juga yang sanggup pakai orang tengah untuk keluar dengan saya. Pernah saya kena ugut kerana tak mahu melayan tawaran orang seperti itu. Sedih sangat mereka cuba menggunakan cara kotor, tapi saya sabar. Lamaran kerja tempoh singkat itu dipanggil 'dinner job'. Tentu anda faham apa maksud saya.


"Mungkin bagi sesetengah orang apabila tawaran lumayan muncul depan mata, ia ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Tapi saya tak perlu itu semua. Saya mahu jual bakat lakonan. Sekali terjerat, makan tak habis!

"Alhamdulillah, rezeki berlakon tidak putus-putus sehingga tak cukup rehat. Saya juga menjadi duta produk kecantikan Alaisya dan baru-baru ini ada syarikat kecantikan lain mahu saya menjadi jurucakap mereka. Saya tolak dengan baik dan biarlah saya setia pada yang satu," ujarnya.


Tidak mahu terlalu memaksa diri untuk terus bekerja, baru-baru ini Fouziah dan rakannya pergi menyelam di Pulau Perhentian, Terengganu. Katanya, tangannya sampai ada kesan berbirat kerana panas berjemur. Dari dulu Fouziah memang suka menyelam, cuma sekarang tiada banyak masa untuk melakukannya.

"Saya terpaksa bercuti kerana badan saya memerlukan rehat yang cukup dan kenalah menolak satu dua tawaran yang datang. Selagi saya berada di Kuala Lumpur, tentu sukar menolak tawaran berlakon. Jadi lebih baik saya bawa diri sekejap. Ada kelapangan nanti, saya akan ke pulau lagi," katanya.


Fouziah juga baru habis berlakon drama bersiri Syah Jihan yang kini disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang.


Dalam drama itu, Fouziah diberi peranan Syah atau nama penuhnya, Aisyah dan watak Jihan pula disandang Kamal Adli. Syah tersepit antara tanggungjawabnya kepada keluarga dan cintanya terhadap Jihan.

Sejak kecil Syah diserahkan kepada ibu angkatnya, Mak Yah (Delimawati). Arwah ibu Syah berpesan kepada Mak Yah jangan benarkan Syah mendekati keluarga bapanya (Tuan Aris).

Apabila dewasa, Syah ingin tahu apa sebenarnya berlaku dan kenapa ibunya melarang dia mencari keluarga bapanya.

Pada waktu terdekat ini, Fouziah akan ke lokasi drama raya puasa, Kuih Goyang Syafik di sekitar Kuala Lumpur.

pix_middle
 
aku x berapa nak kenal dia nih... :)
 
bagi statement nak suh malatop....
 
dia cantikla..

suka tgk hair dia....

kalau kawin dgn iqram pon oki..
 
nak bagitau kena sediakan duit banyak2 kalau nak kawin ngan dia..huhu
 
dia cantikla..

suka tgk hair dia....

kalau kawin dgn iqram pon oki..

laa... x rembes lor... kui3..

off topic >sejak 2 menjak aku terjebak dgn cite lagenda budak setan... terminat lak dgn si lisa tuh...:D
 
Back
Top
Log in Register