BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saya perlu mandat rakyat - PM

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
mh_01.1.jpg


NAJIB Tun Razak membacakan buku cerita kepada sekumpulan kanak-kanak tabika ketika melawat Tabika Kemas di Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memerlukan mandat daripada rakyat untuk terus membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Menurutnya, mandat itu penting kerana beliau akan meneruskan usaha dengan sedaya upayanya untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang terbilang.

"Sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) saya telah pun menerima mandat dan sebagai Presiden UMNO, saya juga telah menerima mandat daripada parti dan kali ini saya perlukan mandat daripada rakyat,'' katanya dalam ucaptama pada Persidangan Cina Malaysia di Persimpangan Politik yang turut dihadiri Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek di sini hari ini.

Persidangan dan debat tersebut dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) bersama-sama agensi pemikir MCA, Institut Analisis Strategik Dan Penyelidikan Dasar (Insap).

Perdana Menteri turut menegaskan, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-3) yang dijangka diadakan tidak lama lagi bukan untuk dirinya tetapi adalah untuk masa depan Malaysia.

"Saya sendiri tidak tahu bila pilihan raya itu akan diadakan, namun saya ingin tegaskan ia bukan soal diri saya tetapi masa depan rakyat. Justeru saya harap rakyat dapat membuat pilihan yang betul,'' katanya.

Tegas beliau, Malaysia akan menjadi lebih kuat di bawah kepimpinan BN.

"Kalau anda berada di persimpangan jalan, ambillah arah yang betul. Kalau anda ambil arah yang betul, saya yakin kita akan dapat melakukan transformasi terhadap Malaysia.

"Kita akan berada di barisan hadapan negara, kita akan berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, yang boleh kita banggakan,'' ujarnya.

Beliau juga berharap, persidangan tersebut akan dapat memberi isyarat yang betul untuk BN dan terus mendapat sokongan daripada rakyat.
 
org dh x nak kau,x reti2 ke najib

ckp2 la ko dgn bini ko ,dgn kroni2 ko , jahanamkan duit dn ekonomi rkyat2 mesia ni

enuff is enuff !!!
 
sapa nak bg kat hang? pi mintak kat ayob
 
Mandat dah lama beri tp hampehhhh....harta rakyat dah terlalu byk disamun
 
mandat skrg pun Pak Lah yg punya. keupayaan Najib sbg PM belum diuji dlm pilihanraya. semua guna pintu blkg mcm kt Perak
 
Back
Top
Log in Register