Terima kasih semua
Alhamdulillah...
Akhirnya pada petang ini saya telah berjaya memuat turun perisian Kaspersky 6.0 melalui laman web rasmi Kaspersky biar pun ambil masa hampir 4 jam....
Manakala key pula, Zulnas telah hantar melalui emel.....
Jadi, saya berjaya meng install semula Kaspersky yg baru beserta lesen yang sah dari KPM...
Dengan ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada :
1. Tuan DDos Attack atas 2 link software utk Spyware Terminator ( Berjaya dimuat turun tetapi gagal membuang spyware tersebut ).
2. Tuan Levitex atas link software Spyware Doctor ( Berjaya dimuat turun & berjaya membuang spyware tersebut tetapi belum berjaya memusnahkan virus yg ada )
3. Tuan Zulnas78 atas key Kaspersky yang asli melalui emel kerana saya gagal memuat turun melalui link yang diberinya.
4. Rakan-rakan CG yang terus memberi idea, semangat & perangsang agar terus bertahan dengan situasi yang ada malam semalam.
Terima kasih sekali lagi atas budi baik anda.
Hanya Allah yang membalas budi baik anda... Amin....