BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Saya mahu jadi Obama'

eishen

Active+ Member
Messages
3,547
Joined
Nov 26, 2007
Messages
3,547
Reaction score
82
Points
30
SUNGAI PETANI - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk S. Ganesan mahu menjadi seperti Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama.

Katanya, Obama adalah idolanya dan pendekatan yang dilakukan Presiden AS pertama berkulit hitam untuk membela rakyatnya di negara sendiri akan dijadikan pendekatan yang sama di Bukit Selambau.

"Obama lakukan di AS, saya akan membela anak bangsa Malaysia di Bukit Selambau," ujarnya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Getah di sini semalam.

Jelas beliau, latar belakang Obama juga tidak jauh berbeza daripadanya yang datang dari keluarga yang susah dan penuh cabaran untuk berjaya.

"Obama datang dari keluarga yang susah, saya juga dari keluarga yang susah iaitu ibu bapa saya adalah penoreh getah," ujarnya lagi.

Kata Ganesan lagi, segala kepayahan dan usaha yang dilakukan oleh Obama akan dijadikan semangat untuknya maju dan berusaha bagi meraih perhatian rakyat.

Pada pilihan raya kecil Bukit Selambau 7 April ini, Ganesan menghadapi cabaran calon PKR, S. Manikumar dan 13 calon Bebas lain.
 
lor, nak jadi Obama la pulak dah.....
 
abeh obama nk jd apa...
haha.....
 
steady la beb..apa pn tg keputusan dl,ntah menang ntah x...
 
abis PRK nie S Ganesan akan terbang ke bombay utk buat plastik surgery utk menukar wajah kepada muka Brad pitt..tapi dengar kabar nya doctor kat sana tak dapat nak tukar wajahnya ke muka yang lebih hensem..muka beliau hanya sesuai utk dibedah menjadi muka obama ataupun Harun Salim Bachik..oleh kerana muka obama ada nilai komersil..maka beliau memilih utk menukar wajah kepada muka obama....sian kat harun salim bachik...
 
guru sebenar samy vellu... nak jadi obama la pulak konon... :p
 
Back
Top
Log in Register