demise_u
Super Active Member
- Messages
- 6,049
- Joined
- May 11, 2008
- Messages
- 6,049
- Reaction score
- 101
- Points
- 73
KAJANG: “Apa yang saya buat ini untuk masa depan anak-anak, bila mereka hendak melanjutkan pelajaran sekiranya saya sudah tiada,” kata model dan pengacara, Shafnie Zainuddin yang tidak dapat menahan sebak ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes berhubung permohonan dikemukakannya untuk mengubah perintah nafkah bagi kedua-dua anaknya di Mahkamah Syariah Hulu Langat di sini, semalam.
Bekas isteri pelakon dan pengacara, AC Mizal itu, berkata demikian ketika disoal peguam yang mewakilinya, Azmi Rais mengenai tuntutannya RM3,770 sebulan dan perbelanjaan tahunan RM9,000 untuk kedua-dua anak mereka, Muhammad Shafiq Iman, 13, dan Muhammad Shabil Iman, 10.
Shafnie, 34, selaku plaintif pada mulanya lancar ketika memberi keterangan mula bertukar intonasi suara apabila menerangkan keperluan insurans pendidikan seperti yang terkandung di dalam tuntutannya terhadap AC Mizal (defendan).
Plaintif memberitahu mahkamah, dia baru mendapatkan sebut harga bagi nilai insurans yang akan dipilih untuk anak-anaknya.
“Saya nak dapatkan insurans ini untuk anak-anak saya. Sekarang saya baru dapatkan sebut harga,” katanya.
Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah meminta Shafnie selaku plaintif bertenang dan menangguhkan kira-kira 10 minit prosiding semalam untuk memberi ruang kepada plaintif menenangkan diri.
Ketika prosiding bersambung semula, Shafnie menjelaskan butir yang terkandung di dalam tuntutan bulanan untuk kedua-dua anaknya itu.
Perubahan nafkah itu merangkumi perbelanjaan bulanan makan minum (RM400), pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1, 000) dan sewa rumah atau ansuran rumah (RM650).
Perbelanjaan tahunan merangkumi pakaian (RM3, 000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1, 000) dan hiburan serta percutian RM3,000.
“Untuk percutian, saya tuntut RM3,000 bagi kedua-dua anak saya. Selalu bawa mereka bercuti di dalam negara seperti ke pulau. Wang itu untuk perbelanjaan ketika bercuti,” katanya.
Terdahulu peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, memaklumkan kepada mahkamah defendan tidak dapat hari ke mahkamah semalam kerana mempunyai mesyuarat di tempat lain.
Mahkamah menangguhkan sehingga 13 Julai depan untuk soal balas oleh pihak defendan.
Pasangan itu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata sebelum sah bercerai pada 17 Oktober 2001.
Sebelum ini dalam pernyataan tuntutannya berkaitan mengubah nafkah anak, Shafnie mendakwa AC Mizal sebagai defendan mempunyai kemampuan selepas mendapat kontrak daripada Astro untuk menjadi pengacara Akademi Fantasia musim keenam (AF6).
Defendan dipercayai dibayar gaji lumayan ketika menjadi pengacara rancangan realiti TV popular selain dipercayai memperoleh pendapatan RM5,000 bagi setiap episod.
Shafnie mendakwa AC Mizal mendapatkan kontrak daripada Astro untuk menjadi pengacara bagi programnya sendiri berjudul AC Di Sini (ACDS) dan menjadi duta beberapa jenama produk yang membawa keuntungan bernilai RM10,000 termasuk syarikat MayFirst.
Defendan juga didakwa terbabit ‘Kru Pagi Di Era’ dari Isnin hingga Jumaat selain berlakon dalam beberapa filem komedi yang mendapat sambutan hangat seperti Gerak Khas The Movie, Buli, Baik Punya Cilok, Buli Balik dan Cicak Man.
Shafnie turut mendakwa defendan bersikap angkuh dan menyatakan tidak mahu merujuk semula kepada aturan pemberian nafkah terdahulu, sebaliknya sering menceritakan hubungannya dengan anak dalam majalah.
Defendan didakwa tidak bersikap adil terhadap kedua-dua anak hasil pernikahan mereka dulu berbanding anak dengan isteri baru manakala perbelanjaan mereka semakin bertambah berikutan usia meningkat dan keperluan semasa berubah.