BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Sawan tarik/kejang

Tok Enon

Fun Poster
Messages
724
Joined
Mar 19, 2010
Messages
724
Reaction score
0
Points
10
Salam

X tau dh ada x thread ni

Anak aku lelaki umur 15 bulan dah 2x kena sawan tarik akibat demam panas. Ada x member2 CG yg ada pengalaman camni? Jom kita kongsi pengalaman dan tips!!
 
salam..sbb dh ada thread nih so nk tanya member cg supaya berkongsi pengalaman anak2 kita kena sawan demam panas.

pagi td anak sy telah masuk hospital sbb demam kejang ini..mohon doakan agar anak sy sihat dan pulih seperti sedia kala..aminn
 
salam..sbb dh ada thread nih so nk tanya member cg supaya berkongsi pengalaman anak2 kita kena sawan demam panas.

pagi td anak sy telah masuk hospital sbb demam kejang ini..mohon doakan agar anak sy sihat dan pulih seperti sedia kala..aminn

sy doakan anak tuan cepat sembuh..amin
 
anak buah aku klu demam panas selalu jd camni... so klu kena sawan tu,ayah dia baringkan bdn anak dia tu pastu sapukan air sejuk (air yg kita simpam dlm peti ais...
 
Petua ini boleh digunakan oleh orang dewasa juga,Insya'Allah Mujarab!!!

Salam para Ibu2 semua,

Jika baby anda demam panas dan takut kalau2 ia akan mendapat efek yang lain pula,apa yang perlu dibuat adalah cuba menurunkan suhu badan baby dengan seberapa segera.kebanyakkan kita akan menggunakan kaedah menuam dengan air sejuk sehingga suhu badan baby menurun.Ini boleh dilakukan tetapi ia memakan masa yang lama untuk benar2 efektif.

Disini saya turunkan cara2 yang lebih efektif untuk membantu ibu2 yang kurang berpengalaman mengatasi masalah demam panas.Sebaik2nya cuba elakkan pengunaan antibiotik kepada baby,kesian baby kecil2 lagi dah dibelenggu masalah ini.

Ambil 2 kain/kertas yang tidak menyerap, rendamkan didalam putih telur.tepekkan setiap satu kain yang lembab tersebut ke telapak kaki baby kemudian pakaikan setokin.Pastikan kain yang ditepek itu lembab dengan putih telur.Putih telur akan menyedut bahang kepanasan terus dari dalam badan dan suhu badan baby akan menurun dalam masa 20-30 minit sahaja.

Anda boleh lakukan kali kedua jika suhu masih belum turun sepenuhnya,cuma pastikan putih telur tadi masih lembab.Insya'Allah ini akan memberi anda kelegaan daripada merasa risau dan perlu terkejar2kan anak anda ke klinik untuk ubatan sintetik.

SELAMAT MENCUBA
.
.
.
jika penyakit masih berlarutan sila rujuk kpd doktor..:D
 
terima kasih byk2 pd semua yg mendoakan dan beri petua.
 
time adik den kocik2 dolu
dio slalu terkono sawan tarik/kejang
den pn takut nengok nyo
slalu ny jd bilo dio domam
bila dh jd tu mulo2 skali bapak/omak den taruk sudu/kain antara gigi atas & gigi bawah supayo lidah nyo x terkacip
pastu akn buek cam beso la kek org domam
bungkus kan dio sampai berpoluh
 
bagus thread nih.. anak aku pompuan 2 orang kena sawan demam panas nih.. sorang umur sekarang 5 tahun.. sorang baru umur setahun setengah...

nih aku bagi info dari pakar padiatrik yg masa rawat anak aku kat KPJ ye.

yg umur 6 tahun ada la beberapa kali kena sawan, yang si adik nih setakat nih dah 2 kali kena sawan demam panas. aku cerita la sikit pengalaman aku jer..

mula2 kena dan first time aku hadapi bende nih memang nak pucat aku, nak menangis pun ada.. sebab tak biasa berdepan ngan situasi camni... kebiasaannya sawan demam panan nih menyerang kanak2 yg berusia dari 6 bulan ke 6 tahun. lazimnya penyakit nih dari keturunan... mcm aku, bini aku dulu kecik2 pernah kena sawan demam panas..

Kanak2 mcmnih memang bila demam suhunya akan naik mendadak... even kadang2 kita tak tahu pun yg dia demam.. mcmnih la yg terjadi kat anak aku.. tengok kelincahan dia tak sangka plak dia demam..lepas tu suhu dia akan cepat naik... jadi kita kena selalu check suhu mereka... aku selalu guna check suhu telinga tuh.. dan aku check 5-10 minit sekali.. pengalaman aku handle anak aku nih, bila check tu suhu dia 36.9 katakan... pastu lima minit kita check pulak.. suhu dah dekat 38.00... suhu diorang memang cepat naik...

Tapi kalau korang dapat tahu yg anak dh demam, segera amik dia dan baringkan secara mengereng ke kiri atau kanan.. dan jelum dia.. pastikan mengereng dan letakkan kain basah kat kepala, ketiak, leher, belakang badan... dan jarang2 lap kat depan badan dia.. selalu tukar atau basahkan setiap 5 minit...

bila diorang kena sawan, diorang akan jatuh, kejang dengan mata terbeliak.. kadang2 ada yg jadi lembik... cam anak aku dia tak kejang, tapi badan jadi lembik... kemudian diikuti dengan muntah @ kencing @ berak.. lepas tu barulah mereka sedar... masa kena sawan tuh, parent kena ambik tindakan berikut :

1)bukakan baju dan seluar... kalau boleh pampers sekali
2)pastu baringkan anak dengan keadaan "recovery position"... maknanya mengereng ke arah kiri.. lipat sedikit kaki kanan... (tujuan dia sebab tak bagi air liur atau muntah tu masuk dalam paru2...)
3)amik sapu tangan atau napkin... basahkan dan letak atau lap badan anak.. kalau boleh letak air yg banyak sikit kat kepala (sambil tu boleh la baca ayat kursi).

lepas tu bila anak dah sedar.. jangan dibungkuskan dia.. sebab budak nih kalau demam bukan mcm kita.. suhu dia akan makin panas kalau kita selimut atau bungkus kan dia.. anak biasanya akan tidur keletihan lepas kena fit... bagi dia tidur..

itu yang aku buat la kalau anak aku fit..

fit nih sebenarnya tak bahaya.. dn simptom nih dipanggil "simple fit".. maknanya terjadinya sawan nih apabila demam sahaja... sawan demam panan juga tak boleh jadi sawan ****.. dan penyakit nih akan hilang dengan sendirinya bila anak berumur 6 tahun keatas... hanya 5% sahaja kanak2 di dunia nih yg masih terjadi fit selepas umur 6 tahun..

penyakit nih takde ubat sebab dia berkaitan dengan saraf... jadi sebagai alternatif, kalau kita gi kat hospital swasta dia akan bagi 2 jenis ubat iaitu Diazepam dan Epilim..

Epilim nih kita utk saraf la.. maknanya kena amik tiap2 hari sampai anak umur 6 tahun (sekarang anak aku dok amik yg ini la)... dia taklah gerenti 100% tapi kemungkinan nak jadi sawan kalau dia demam cuma 40% sahaja...

Diazepam pulak gunanya bila anak kena sawan... ini lebih pada emergency..kalau anak kena sawan bawah pada 1 @ 2 minit, tak payah guna.. tapi kalau lebih.. terpaksa guna... caranya ialah dengan masukkan ke dalam dubur anak.. nanti sawan anak akan berhenti dan boleh bawak ke hospital...

JANGAN bawak anak anda ke hospital dengan keadaan dia kena sawan... kalau boleh, sedarkan dia dulu..

nih aku dapat petua dari ustaz tempat aku kerja.. harap bermanfaat

403020_2384323302030_1799908602_n.jpg


nanti kawan sambung edit lagi la... takde bakat nak menulis sebenarnya, tapi nak berkongsi jugak...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register