BTC USD 84,000.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Satu 'tamparan' buat pemimpin2 sekarang

DDos

Legendary Member
gem
Messages
14,106
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,106
Reaction score
690
Points
166
Wahai Pemimpin! Kemewahan Dirimu Bukanlah Kehebatanmu
Oleh mufti negeri perlis
S.S. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin



Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan. Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas. Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.​

Saya terbaca dialog yang menarik antara khalifah yang sangat adil iaitu Umar bin ‘Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah. Kata Rajak bin Haiwah: Ketika ‘Umar bin ‘Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: “Wahai Rajak! pergi belikan untukku sehelai baju”. Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang bagus, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya murah”.


Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: “Belikan untukku sehelai baju”. Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya mahal”.

Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal. Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. ‘Umar bin Abdul Aziz bertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku: “Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?.

Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, alu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).

Demikianlah jiwa seorang pemimpin yang mencatatkan sejarah keadilan kepimpinannya dengan tinta emas. Dia hanya memerintah selama dua tahun, tetapi dia mengukir namanya dengan penuh keindahan di persada sejarah yang tidak kunjung padam. Hubungan jiwanya dengan habuan kekal yang diharapkan di sisi Allah pada hari akhirat kelak telah menjadikan kepimpinannya penuh dengan keadilan dan rahmah Allah yang mencurah-curah.

BACA SETERUSNYA

P/S: RASA2NYA SIAPAKAH PEMIMPIN SEKARANG DI MALAYSIA YANG 'TERKENA TAMPARAN' INI?
 
Nasihat yg baik utk smua pemimpin termasuk diri kita juga... :)
 
Patut dia hantar satu salinan ke Shahidan Kasim dan ADUN Umno perlis...apa pun tahniah juga la sebab utusan meloya tak baca kot sebelum siarkan..ke ada agenda tersembunyi...muehehe
 
dorg semua tu dah kebal (atau bebal???) dgn semua ni... masing2 telinga dah lebih dr telinga gajah... kena pulak ada machai2 dorg yg dok sokong mcm lembu... lagi laa tak sedar2.
 
kalu masih ada yang tak terasa tak tau la kan, memang samada muka betul2 tembok atau otak dan penuh ngan 'taik'
 
kalu masih ada yang tak terasa tak tau la kan, memang samada muka betul2 tembok atau otak dan penuh ngan 'taik'

macam mana mereka2 nie nak terasa jika hati mereka itu dah tertutup oleh perlakuan mereka sendiri...sian mereka2 nieee,moga2 Allah memberi hidayah kepadanya..InsyaAllah..kita sama2 lah berdua untuk mereka agar satu hari nanti hati2 mereka ini juga akan terbuka dan mengikut jln yg disuruh...
 
Assalamualaikum!

Begitulah manusia, bila jadi pemimpin mesti tegas dan mempunyai prinsip. Bila orang nampak kita lemah, longlai, melayu, menguncup, mengada-ada yang tiada, mereka dengan bimbingan syaitan akan mengoncang kewibawaan kita.

Kita berani cakap, berani tanggung, Allah akan menduga kita, apa yang kita cakap sebagai pemimpin itu akan memberi tempias kepada seluruh manusia di bawah pimpinan kita. Bila jadi pemimpin, bukan setakat nak kaya diri dan nak ramai kroni sahaja, tetapi satu amanah untuk menjaga negara, agama dan bangsa.

Jika pemimpin tidak dapat menjalankan kewajipan menjaga negara, agama dan bangsa, haruslah ia disingkirkan samada secara baik atau secara kekerasan.

Apa yang kita perjuangkan atas dunia ini? Kita perjuangkan agama kita yang utama sekali. Tetapi perjuangan kita harus baik, jika kita menghina agama lain, mereka akan menghina kita dengan lebih dahsyat lagi kerana mereka adalah dari golongan melampau. Bagi mereka dunia inilah segala-galanya. Tuhan? Mereka membuat Tuhan, memakai Tuhan, mengusung Tuhan ke sana sini. Mereka menganggap diri mereka lebih dari Tuhan. Mereka yang cipta Tuhan dan sembah, bukankah itu menyembah diri sendiri namanya?

Nauzubillahiminzalik. Aku mohon berlindung dari Mu Ya Rabbi, Ya Ghaffar, Ya Malik, Ya Rahman, Ya Rahim dari bersekongkol dengan manusia yang memperjuangkan diri sendiri. Aamiiin Ya Rabbul Alamin.
 
Hmmm...

Ntah2 wakil2 rakyat baca ke tak artikel tu or baca bahagian hiburan time hari Ahad jer (nak sambar mana2 artis yg leh dijadikan 2nd wife huhuh)....

So far, aku suka dengan penulisan Dr Asri (leh rujuk kt web dia http://drmaza.com)... PAda aku, dia x bias mana2 pihak walaupun sesetengah orang nampak cam dia bias pada parti kerajaan.... .

Once bila dia sentuh aspek politik, sebenarnya ianya bukan dituju kepada mana2 parti tetapi lebih umum dan mempunyai hujah2 yg kukuh berdasarkan dalil Quran dan hadith yg sahih tidak seperti Astora Jabat yg terang2 fire orang yg x sehaluan dengan kerajaan...

Memang sesiapa yg jadi wakil rakyat etc akan disajikan dengan peluang utk membuat kemewahan... dan sesetangah nyer pula memang berniat utk jadi pemimpin atas sebab habuan yg bakal diterima... Mungkin hari ni kita boleh bercakap ttg orang lain, tp adakah kita betul2 bersedia sekiranya Allah hendak uji dengan kemewahan..... .

Cukuplah kepada kita yg sedar dengan perkara ni menolak pemimpin yg suka mempergunakan status diri dengan menyalahgunakan kuasa kerana wang ringgit...

Tidak salah kalau orang Islam kaya malah digalakkan lagi. Tapi macam mana cara kita dapat kekayaan dan kemana kekayaan kita di salurkan itu yang menjadi persoalan nanti... .
 
Back
Top
Log in Register