TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
SKUAD hoki negara mendapat pengajaran berguna dalam siri awal Jelajah Eropah di ZSV Schaerweijde, Belanda minggu lalu. Dalam siri pertama itu yang dianggap sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Olimpik 2012, Belanda menjadi pasukan pertama menguji keupayaan Malaysia selepas kegagalan pada Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2011, Mei lalu.
Kali ini, skuad kendalian Tai Beng Hai menerima pengajaran terbaik apabila dibelasah pasukan No. 3 dunia itu 1-5 pada perlawanan pertama disusuli kekalahan paling besar, 1-9 dalam aksi kedua.
Meskipun rata-rata pemain negara terperangkap dengan aksi pantas skuad The Oranje itu, namun Beng Hai berpendapat, dua kekalahan itu bukan sesuatu yang harus diratapi, sebaliknya beliau yakin mampu memberi impak positif kepada anak-anak buahnya.
“Sebenarnya kekalahan kami memang sudah dijangka, tetapi tidaklah sehingga dengan jaringan yang besar seperti itu,” kata Beng Hai kepada Kosmo! semalam.
“Kita datang ke sana (ZSV Schaerweijde) adalah dalam siri persiapan menghadapi Kelayakan Olimpik 2012 dan para pemain telah dapat belajar sesuatu daripada corak permainan pasukan dari Eropah.
“Sudah pasti kekalahan itu menjejaskan sedikit keyakinan pemain, tetapi apa yang penting pemain-pemain saya mendapat pengajaran yang berguna,” ujarnya lagi.
Dalam kedua-dua pertemuan tersebut, skuad Belanda mempamerkan corak permainan pantas, malah mudah merobek gawang Malaysia pada awal permainan.
Kesilapan demi kesilapan mudah yang dilakukan oleh pemain pertahanan Malaysia juga tidak banyak membantu dalam perlawanan tersebut dan ini sudah pasti kelemahan yang perlu Beng Hai perbetulkan.
“Belanda bermain dengan konsisten sepanjang permainan dan mereka juga tidak membenarkan pemain kita banyak membuat serangan.
“Bagaimanapun, pemain kita dapat juga melakukan beberapa serangan dan walapun pihak lawan banyak menyerang, kita pula tidak mahu bermain secara bertahan saja.
“Misi kita ialah untuk bermain secara menyerang dan menajamkan lagi gerakan yang boleh menghadiahkan gol. Walaupun banyak kesilapan oleh barisan pertahanan, kita akan cuba perbaiki kelemahan itu selepas ini,” ujar Beng Hai lagi.
Skuad negara akan meneruskan siri Jelajah Eropah dengan mengadakan 11 perlawanan dengan pasukan kebangsaan dan kelab-kelab handal di benua tersebut.
Selepas Belanda, skuad negara akan berkunjung pula ke Sepanyol untuk mengadakan tujuh perlawanan ujian yang telah diatur.
“Matlamat kita di Sepanyol tidak akan berubah iaitu kami mahu semua pemain dapat menyesuaikan diri dalam corak permainan mereka dan mendapat pengetahuan serta pengajaran daripada perlawanan tersebut.
“Apa yang penting ialah kami mahu menunjukkan peningkatan dari segi permainan dan prestasi di atas padang dan bukannya terus mengalami kekalahan,” kata Beng Hai.