BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Satu Kapal Malaysia Selamat Lepasi Selat Hormuz - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
36d082d9d364e3fe2b299c4bcd37d65669d8bb76d622a

f968892b40aa9372ad8757655ea8bd1669d8bbe4b3fa0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah Kampung Cheras Baru, Cheras hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan satu daripada tujuh kapal yang sebelum ini terkandas di Selat Hormuz telah selamat melepasi kawasan perairan itu dan kini sedang menuju ke Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata enam lagi kapal sedang mendapatkan kelulusan dan menunggu giliran untuk melalui laluan perdagangan penting itu.

Perdana Menteri berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau menerusi taklimat oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz hari ini.

“Dengan ini, kita harap, Insya-Allah, bekalan minyak bagi April dan Mei dalam keadaan yang sangat terkawal,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah di sini, hari ini.

Laluan melalui Selat Hormuz, sebuah laluan sempit strategik yang menyaksikan 20 peratus daripada minyak mentah dan gas dunia melaluinya, terjejas berikutan serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas wilayah serta kemudahan Iran sejak 28 Feb lepas.

Gangguan itu menyebabkan kekurangan bahan api dan mendorong kenaikan harga minyak, sekali gus mengakibatkan kesan ekonomi yang lebih meluas.

Sementara itu, Anwar berkata kerajaan sedang mengkaji langkah bagi mengurangkan tekanan dan bebanan pihak terkesan susulan kenaikan harga diesel.

“Kalau melibatkan soal peladang, petani dan nelayan itu telah dibantu (diberikan subsidi) tetapi kalau bidang-bidang lain...beberapa kementerian sedang mengkaji untuk mengurangkan tekanan kepada mereka,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata kerajaan akan mempertahankan harga RON95 menerusi inisiatif BUDI95 walaupun tekanan kewangan semakin membebankan.

 
Back
Top
Log in Register