BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

satria neo VS heli

theBLOGGERboy

Super Active Member
Messages
7,437
Joined
Aug 21, 2009
Messages
7,437
Reaction score
31
Points
70
and the winner is..........

30 Julai, 2010 22:52 PM

Proton Satria Neo S2000 Atasi Kepantasan Helikopter

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kereta rali jenis Proton Satria Neo Super 2000 berjaya mengatasi kepantasan helikopter dalam perlumbaan khas di Lapangan Terbang Sunshine Coast, Queensland, Australia, baru-baru ini.

Kereta itu dipandu oleh pelumba pasukan PROTON R3 Malaysia Chris Atkinson, pelumba Australia dan helikopter jenis Robinson R44 pada perlumbaan 'Kereta Rali Melawan Helikopter' sempena Rali Antarabangsa Queensland, yang merupakan pusingan keempat Kejohanan Rali Asia Pasifik-FIA 2010 (APRC).

Proton dalam kenyataan hari Jumaat berkata 80 penyertaan merangkumi pelumba terbaik dari Asia, Pasifik dan Australia akan menyertai perlumbaan rali terbesar di Queensland pada Sabtu dan Ahad ini.

Perlumbaan itu meliputi jarak 276 kilometer dengan 16 peringkat termasuk dua peringkat dengan jarak 35km, laluan paling panjang dalam kejohanan antarabangsa.

Pasukan PROTON R3 Malaysia diwakili oleh pelumba Alister McRae dan Atkinson.

Pasukan itu mencapai kedudukan 10 terbaik secara konsisten membabitkan pasukan pengeluar kereta yang lebih mantap seperti Peugeot, Skoda, Abarth, Subaru dan Mitsubishi.

Sementara itu, dengan baki tiga pusingan APRC, pasukan PROTON R3 Malaysia kini menduduki tempat kedua dalam kategori pengeluar, di belakang pendahulu Mitsubishi dan Subaru di tempat ketiga.


http://www.youtube.com/watch?v=9SiupxbbGJs
 
ni upgrade kaw2 ni.. body je neo ni
 
helikopter tuh cm cikai jek ak tgk....
try buh apache
 
lawan ngan heli Robinson memang la. Try lawan ngan Super Lynx ke eurocopter ke,,
 
tu neo sudah kasi mod... enjin pun aku rasa dah bukan neo body je..
lawan plak dgn heli cikai...
 
power gk keta ni. subaru pn leh kalah. 2 blum pkai turbo lg
 
wow.............!! malaisian #1 di dunia.
 
klu amik saga mod pun gempak cm ni..aduh,nk kasi up neo agak2 la....klu org kurang pandai dh hingat 'laju dan bagus neo ni'hahaha
 
Back
Top
Log in Register