Aku pernah pakai Neo soraang member selama 3 minggu.Masa tu anak aku baru sorang, umur pun te]]setahun je.
Best nya
-terus terang cakap bila bawa Neo ni, aku rasa muda 5 tahun.Bini aku bila bawa pun kata macam tu
-Handling/corner memang best.Jumpacorner rasa nak layan je.
-Naik ok la untuk kereta pendek.
-Duduk dalam rasa rendah,memang kedudukan sporty.
Tak bestnya
-seat belakang kecik, nak letak child seat pun tak muat.
-Kalau letak stroller dalam boot,tak banyak barang boleh isi.Pernah sekali pergi pasar,letak stroller,troli lipat pasar,nak letak barang beli kat pasar pun cukup cukup je.
-Kualiti dalaman kurang
-Tak cukup laju, untuk sebuah kereta yang gaya sporty.
Kalau ada keluarga,dan ada kereta lain sebiji lagi, ok la beli kereta ni.
Kalau ni je kereta yang ada, berkeluarga lagi, lupakan je la.Kecuali semua ahli keluarga sanggup berkorban.Hehehe.