BTC USD 81,759.6 Gold USD 4,093.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SATE SIPUT (18gs)

assalamualaikum
ada seorang rakan saya menimbulkan satu persoalan..
bolehkah kita makan siput ****? dalam hati saya kuat mengatakan tak boleh,
tetapi saya tidak ada hujah yang kukuh untuk mengatakan tak boleh makan siput ****.harap para ustaz dapat rungkaikan permasalahan ini.syukran.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Siput **** atau dalam Bahasa Arab disebut halazun, diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (siput ****) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).

Masalah ini adalah masalah ijtihadiyyah. Yang mengharuskannya berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala yang mengharamkannya berpendapat ia bukan haiwan yang disembelih, kerana tiada leher. Maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Bagaimanapun, pendapat yang lebih ihtiyat (berjaga-jaga) ialah pendapat yang mengharamkannya. Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di: al-ahkam.net

*Semasa saya kat Hanoi tiap2 malam makan siput apa entah. Grilled siput! Banyak enak.
 
time kecik2 dulu aku selalu guna siput ni utk umpan pancing.. dan aku penah gak tengok kawan sekolah time tinggal kat asrama bbq siput ni.. dah takde keje le tu...ujung minggu takde aktiviti nak dibuat.. diorang gilah bbq siput ni.. aku cium bau asap pun nak muntah..
 
ganti jer nama siput ni ke siput kfc....best ckit
 
Hairan ye kenapa siput nidapat Nama siput bab1 kat Malaysia. 0% kelihatan macam babie.
 
Kalau kat menu ada tulis `escargo' (harap2 ejaannya betul) tu berhati-hatila.
Dulu kawan saya ada terkena masa naik cruise(kapal persiaran).
Nasib baik dia bagitau, kalau tak, saya pun terkena gak.:D:D:D
 
geli wehhh..... banyak benda lain bole makan....
 
haritu aku ada pi kursus sembelih dari JAIWP, dan dalam tu org yg bg ceramah time tu cakap "Hot Dog" x pernah dapat logo halal dari jakim sbb namanya, jadi dia cakap hot dog tu haram sbb nama, jd pendapat aku di sini sipu **** tu haram sbb namanya. tp wallahualam. just my opinion kalau salah harap maaf :)
 
Hang saja buat kelakar je kan? Hiks!
 
Hairan ye kenapa siput nidapat Nama siput bab1 kat Malaysia. 0% kelihatan macam babie.

pasal siput nie suka sgt makan daun2 tanaman...

dan barbey hutan tu suka perosak tanaman..

jadi org kita mmg gelar siput nie siput barbey kerana suka rosakkan tanaman mcm barbey hutan tulah..
 
assalamualaikum
ada seorang rakan saya menimbulkan satu persoalan..
bolehkah kita makan siput ****? dalam hati saya kuat mengatakan tak boleh,
tetapi saya tidak ada hujah yang kukuh untuk mengatakan tak boleh makan siput ****.harap para ustaz dapat rungkaikan permasalahan ini.syukran.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Siput **** atau dalam Bahasa Arab disebut halazun, diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (siput ****) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).

Masalah ini adalah masalah ijtihadiyyah. Yang mengharuskannya berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala yang mengharamkannya berpendapat ia bukan haiwan yang disembelih, kerana tiada leher. Maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Bagaimanapun, pendapat yang lebih ihtiyat (berjaga-jaga) ialah pendapat yang mengharamkannya. Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di: al-ahkam.net

*Semasa saya kat Hanoi tiap2 malam makan siput apa entah. Grilled siput! Banyak enak.

yes..tp hanoi nie mcm mcm makanan ada..jgn terkejut kalau p makan daging kucing,ular,biawak,mahupun tikus..sb cara mereka masak x nampak mcm daging tu..nampak nice ja sate dia
 
Back
Top
Log in Register