BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarawak saman Petronas

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
Sarawak saman Petronas
November 21, 2019 21:02 MYT


Sarawak saman Petronas

Kerajaan Sarawak memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuching pada Khamis.


KUCHING: Kerajaan Sarawak memfailkan saman terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuching pada Khamis.

Tindakan itu dibuat Sarawak susulan keengganan syarikat minyak negara itu membayar cukai jualan produk petroleum lima peratus.

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri-Pusat dan Pemantauan Projek, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, writ saman terhadap petronas itu dibuat kerajaan negeri pada Khamis.

"Kerajaan negeri Sarawak telah memfailkan satu writ saman terhadap Petronas untuk mendapat balik bayaran yang kita tuntut sebanyak 5 peratus terhadap barangan petroleum yang dieksport daripada negeri Sarawak.

"Memang kerajaan negeri serius dalam melaksanakan hak kita untuk mengenakan lima peratus cukai jualan terhadap barangan petroleum yang dieksport dari negeri Sarawak. Kita memang serius, kita tidak pernah menyatakan bahawa ini sesuatu yang boleh kita runding. Ini hak kita, di bawah Perlembagaan Malaysia dan kita ada ordinan kita sendiri, maka dengan itu kita akan terus laksanakannya," katanya kepada Astro AWANI di sini.

51574341282_freesize.jpg


Tambah Sharifah Hasidah, kerajaan negeri telah memberi peluang kepada Petronas dengan memberi amaran mengenai hal ini (enggan bayar).

Kata beliau, notis juga telah diberikan kepada Petronas supaya membayar cukai tetapi sehingga kini tiada pembayaran dibuat.

Sebelum ini Petronas telah menawarkan bayaran wang ihsan tiga peratus sekiranya Sarawak bersetuju untuk menggugurkan cukai jualan itu.

Bagaimanapun, ia ditolak Kerajaan Sarawak menerusi surat yang dihantar Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

 
Agak2 kalo petronas tak wujud
Ade org saman tak shell, petron, caltex dll?
 
Petronas sahkan Sarawak fail saman tuntut cukai jualan produk petroleum

November 25, 2019 7:00 PM


FMT-PetronasSaudiAramco07012019-AFP.jpg

Petronas mengesahkan kerajaan Sarawak dan pengawal cukai jualan negeri itu memfailkan saman terhadapnya atas dakwaan gagal membayar cukai jualan kepada negeri tersebut. (Gambar AFP)

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengesahkan kerajaan Sarawak dan pengawal cukai jualan negeri itu memfailkan saman terhadapnya atas dakwaan gagal membayar cukai jualan kepada negeri tersebut.

“Petronas mengesahkan bahawa pengawal cukai jualan negeri Sarawak dan kerajaan negeri Sarawak telah memfailkan tindakan terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuching pada 21 Nov 2019 kerana tidak membayar cukai jualan Sarawak ke atas produk petroleum,” menurut syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan.

Pada Khamis lepas, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sarawak Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Petronas tidak membayar cukai jualan negeri bagi produk petroleum yang ditetapkan mengikut Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri tiada pilihan lain kecuali memulakan tindakan undang-undang untuk menuntut cukai yang belum dibayar,” katanya menerusi satu kenyataan.


Jumlah yang dituntut daripada Petronas itu bagaimanapun tidak disebut sama ada dalam kenyataan beliau mahupun kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan oleh Petronas hari ini.

Cukai jualan negeri sebanyak 5% dikenakan pada 1 Jan tahun ini dan Petronas dikatakan satu-satunya syarikat minyak dan gas yang beroperasi di negeri itu yang belum membayar cukai jualan tersebut.

 
Kalau dapat duit tu pun jangan haraplah rakyat nak merasa.

Sama sahaja macam semua duit balak, orang2 tertentu sahaja yang sebat.
 


CUKAI JUALAN PETROLEUM | Petronas & Sarawak Capai Kata Sepakat​


Petronas akan membayar penuh cukai jualan dikenakan kerajaan negeri Sarawak bernilai RM2 bilion atau 5% daripada nilai jualan produk petroleum.
 


CUKAI JUALAN PETROLEUM | Petronas & Sarawak Capai Kata Sepakat​


Petronas akan membayar penuh cukai jualan dikenakan kerajaan negeri Sarawak bernilai RM2 bilion atau 5% daripada nilai jualan produk petroleum.


boleh tambah lagi BKSS alang-alang dah dapat 2 bilion tu.
 


CUKAI JUALAN PETROLEUM | Petronas & Sarawak Capai Kata Sepakat​


Petronas akan membayar penuh cukai jualan dikenakan kerajaan negeri Sarawak bernilai RM2 bilion atau 5% daripada nilai jualan produk petroleum.

Rasanya lepas nie, bantuan dr federal akan kurang kt sarawak, kt tngk la mcm mn
 
Back
Top
Log in Register