BTC USD 76,704.6 Gold USD 4,373.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarawak Delta Geopark Diiktiraf Sebagai UNESCO Global Geopark

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
b244c92fe3bd934772ddd78ca09f728d69f02882a0bcc

Kredit: FB - Forest Department Sarawak

Sarawak Delta Geopark, yang meliputi kawasan seluas 3,112 kilometer persegi secara rasmi diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark.

Jabatan Perhutanan Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengiktirafan itu merupakan pencapaian penting dalam usaha negeri itu memulihara warisan geologi, ekologi dan budaya yang unik, di samping mempromosi pelancongan dan pembangunan komuniti yang lestari.

“Majlis penyampaian sijil telah diadakan pada 27 April 2026 (semalam) di Ibu Pejabat UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu), di Paris, Perancis. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Len Talif Salleh mewakili dan mengetuai delegasi negeri ini untuk menerima sijil berkenaan.

“Sijil disampaikan oleh Kristof Vandenberghe, Ketua Seksyen Sains Bumi dan Geopark UNESCO,” menurut kenyataan itu.

UNESCO Global Geopark merupakan kawasan geografi tunggal yang menggabungkan tapak dan landskap mempunyai kepentingan geologi antarabangsa dan diuruskan secara holistik berteraskan perlindungan, pendidikan serta pembangunan lestari.

Menurut kenyataan itu, pencapaian tersebut adalah hasil kerjasama berterusan selama bertahun-tahun antara komuniti tempatan, agensi kerajaan, penyelidik serta rakan pemuliharaan untuk melindungi, memulihara serta mempromosikan kawasan berkenaan.

“Usaha kolektif ini memastikan kawasan geopark Sarawak bukan sahaja dilindungi, malah diurus secara lestari untuk generasi akan datang. Ia mencerminkan komitmen kukuh serta kerjasama erat antara komuniti, saintis dan pembuat dasar dalam merealisasikan visi bersama.

“Pengiktirafan berkenaan telah meletakkan Sarawak di peta dunia dan negeri ini akan meraih manfaat dari segi peningkatan keterlihatan di peringkat antarabangsa, sekali gus merangsang pelancongan bertanggungjawab yang menyokong ekonomi tempatan tanpa menjejaskan kelestarian alam sekitar,” menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register