BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SAPP Keluar BN

SAPP umum keluar BN tetapi tidak sertai Pakatan Rakyat
17/09/2008 4:59pm


KOTA KINABALU 17 Sept. - Parti Maju Sabah (SAPP) membuat keputusan keluar daripada Barisan Nasional (BN) melalui mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini hari ini.

Parti tersebut bagaimanapun tidak akan menyertai pakatan pembangkang dan bertindak sebagai sebuah parti bebas.

Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan berkata, meskipun beliau tidak bersetuju dengan keputusan itu, MT parti telah mencapai suara majoriti.

``Saya sendiri tidak tahu kedudukan saya dalam kerajaan negeri berikutan keputusan itu,'' katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Beliau bertindak keluar awal daripada mesyuarat tersebut kerana kecewa dengan keputusan parti.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kerajaan.



Selain Tan, seorang ADUN dilantik sebagai pembantu menteri, seorang lagi MT SAPP turut dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN. - Utusan.

So kompom le BN hilang dua kerusi. Kalau kalah PRK Joseph Kurup tu jadi 3:D
 
nanti kat berita tv3 pak bedolah kata bee end masih kuat sapp baru mewakili 2 parlimen jer...
 
wah makin cerah peluang pkr nie..tp sama2 kita tunggun adakah berjaya pkr bentuk kerajaan baru.. dan sudah pasti nya akan mengubah politik negara nanti...
 
pasni mesti geng UMNO cakap mcm ni..

"mereka dari dulu lagi tak sehaluan dgn kita.. jadi ada baiknya mereka keluar daripada duduk menyemak dalam BN. mereka ni bukan banyak buat kerja pun".

hahaha... :))
 
bod0lah tangkap DSAI confirm semua MP B end kluar B end amik obat bod0lah oiiii..:))
 
walaupun SAPP kata tak akan join PR, tapi ia tidak mustahil kalau PR betul2 berbincang dan berunding dgn SAPP. :)
 
Makin berkurang majoriti BN kat parlimen. SAPP - bebas, Seorang tu, Mahkamah batalkan kemenangannya . Dulu PR nak 31, sekarang, PR cuma perlu 31 -3 = 28 .
 
Back
Top
Log in Register