BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sapa pernah pergi kidzania

khirul_nizam

Active Member
Messages
1,363
Joined
May 8, 2008
Messages
1,363
Reaction score
29
Points
30
Salam warga cg..sapa2 warga cg yg pernah bawak anak2 gi main dekat kidzania atau ada warga cg yg berkerja kat sana..ingat plan nak bawak anak saya pergi ke kidzania musim cuti seklah ni.. mengikut sumber dari internet pengalaman org dah gi tempat tu bagus utk kanak2..sapa ada pengalaman pergi kidzania boleh shear kat sini tak..

info dari org dah pergi
1-kt dalam tu makanan mahal (boleh bawak makanan dari luar tak)
2-tempoh menunggu utk 1 permainan lebih kurang 30minit
3-permainan dlm tu mengikut umur dan ketinggian (anak saya umur 6 dan 4 tahun)
4-ada 2 sesi pagi dan petang (plan saya ingat nak gi sesi pagi)

ada info lain pasal kidzania boleh shear:)
 
pastikan anak tt x segan nak bercampur dgn budak lain.nak main sesama.
akak opis ni ckp.anak laki dia pemalu.smpi sudah x main apa2.jenuh dia paksa.budak2 xmau.
 
Bagus tmpt kidzania ni...utk budak2..mmg bes dan berbaloi..ada budak jadi polis..jadi bomba n mcm2..overall bgus
 
jangan bawa beg besar sangat boleh bawa makanan minuman secara sembunyi-sembunyi. jarang sangat staff check melainkan beg terlalu besar.

pastikan beli tiket online & beratur 30 minit sebelum waktu operasi. kalau boleh datang sejam awal makan di mcd sebelah dulu.

masuk terus cashkan cek di cimb bank, kemudian terus beratur di balai bomba atau untuk pilot airasia. jika tidak alamat beratur panjanglah untuk pekerjaan popular yang paling tinggi nilai gaji.

pagi suruh anak kerja dulu, selepas tengahhari suruh dia masuk kelas buat burger, shushi, cokelat, air mineral dan lain-lain sebab semua makanan dan minuman yang dibuat oleh mereka boleh dibawa balik. jimat kos makanan.

ada wifi, ibubapa juga boleh masuk lounge yang hanya dikhaskan untuk parents sahaja, anak tidak dibenarkan masuk sama sekali. tak perlu risau kerana ada tag untuk parent track di mana anak anda berada. tiada apa-apa untuk parents melainkan melihat mereka bermain, belajar & menonton persembahan.

jika duit kidzania jumlahnya sudah ada 50 atau lebih boleh buka akaun bank di cimb bank, anak anda akan dapat kad bank boleh keluarkan duit di mana-mana atm machine dalam kidzania. gaji selesai bekerja juga boleh terus dimasukkan dalam akaun bank tak perlu pegang tunai.

anak anda tidak akan dapat menghabiskan semua pekerjaan yang ada di kidzania dalam 1 sesi & juga 2 sesi kerana terlalu banyak. mungkin dapat buat semuanya paling singkat dalam 4 sesi ke sana. apa yang boleh dibuat adalah pilih pekerjaan yang diminati kerana waktu beratur agak lama jika ramai terutamanya pekerjaan popular.

sebaik-baiknya anak berumur 6 tahun dan ke atas sahaja kerana banyak pekerjaan melibatkan ketinggian, umur serta perlu memahami. lebih baik jika anak sudah bersekolah rendah.
 
Last edited:
Leh pergi ni
 
kalau boleh bawak anak yang dah boleh berfikir.. 6 tahun keatas tu dah bagus.. bawak yang kecik2 ni dia tau main jer la..
 
lepas dpt gaji duit tu boleh beli apa
 
Back
Top
Log in Register