zairie
Active Member
- Messages
- 1,747
- Joined
- Feb 16, 2008
- Messages
- 1,747
- Reaction score
- 3
- Points
- 25
Buat semua warga cg yg dikasihi...
Terlebih dahulu ribuan terima kasih dan penghargaan saya ucapkn diatas kunjungan dan rasa minat kalian semua terhadap thread saya ini.
Sebagaimana yang sedia maklum tujuan utama saya membuka thread ini adalah untuk bertanyakan trick bagaimana untuk menaikkan speed free basic internet dari 64kbps kepada 5xxkbps.
Dalam masa yang sama,saya sendiri cuba melakukan trick tersebut dengan berbekalkan 2 clue yang diberikan iaitu:-
1.Hanya boleh dilakukan pada sim hotlink free basic internet yang baru.(ini jelas mengatakan hanya sim hotlink free basic internet sahaja.Bukan yang lain lain)
2.Trick ini mesti dibuat sebelum sim itu diaktifkan.(maksud diaktifkan disini adalah sim yang belum membuat panggilan keluar yang pertama.Bilamana anda telah membuat panggilan yang pertama bermakna sim anda telah aktif)
Dengan kata semangat 'usaha tangga kejayaan' dan tanpa rasa jemu saya melakukan pelbagai cara sama ada logik ataupun tidak semata-mata untuk menaikkan speed internet dari 64kbps kepada 5xxkbps.Bak kata inggeris trial and error.Saya ketepikan makan dan minum.Tidak tidur semalaman semata-mata untuk merealisasikan impian dan cita-cita saya.Disamping itu saya tidak lupakan Allah.Dia tuhan pencipta segala apa yang ada dilangit dan dibumi.Dengan izinNya apa pun boleh terjadi.Tiada apa yang mustahil maka bermohonlah kepadaNya.
Untuk pengetahuan warga cg semua,saya bukanlah seorang pakar IT,pakar ekonomi,jaguh sukan serta jutawan apatah lagi untuk berkereta jenama negara.Jauh panggang dari api.Saya hanya berkelulusan setakat PMR sahaja.Saya tidak dapat meneruskan pelajaran disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga saya ketika itu.
Sejujurnya sebelum ini telah saya ceritakan segala apa yang saya buat dan lakukan untuk menjayakan trick ini dan telah saya katakan saya sendiri tidak tahu bagaimana ianya boleh berlaku dan berhasil.Saya telah cuba sebaik mungkin untuk mengingati kembali apa yang telah saya lakukan namun masih belum berhasil.
Oleh itu,saya pinta pada warga cg semua agar bersabar.Kepada mereka yang ingin mencuba,teruskanlah usaha anda.Kepada mereka yang mengata dan mengutuk didalam private message,saya maafkan kalian semua.Sesungguhnya kalian mungkin tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya.
Akhir kata, ribuan keampunan dan kemaafan saya pinta pada kalian semua kerana tidak dapat memenuhi kehendak kalian semua buat masa ini.
Salam persahabatan dan kedamaian...zairie.