BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanusi Dipecat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 9 Jun - Khidmat Tan Sri Sanusi Junid sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditamatkan mulai 2 Jun lalu walaupun tempoh perkhidmatan beliau sepatutnya berakhir pada tahun 2010.

Menurut sumber, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah dilantik sebagai Presiden UIAM yang baru bagi menggantikan Sanusi, (gambar) 65, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Mohd. Sidek, 57, dikatakan telah menerima watikah pelantikan tersebut yang ditandatangani oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIAM.

Selain itu, salinan watikah berkenaan juga telah dihantar oleh Rektor UIAM, Profesor Datuk Dr. Syed Arabi Idid kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan.

Menurut Perlembagaan UIAM, pelantikan Presiden universiti tersebut adalah di bawah bidang kuasa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIAM.

Ketua Perlembagaan boleh melantik mana-mana individu sebagai Presiden UIAM yang menjadi kuasa prerogatif baginda.

Walaupun tempoh perkhidmatan Sanusi berakhir pada tahun 2010, namun menurut Perlembagaan UIAM, kedudukan beliau selaku Presiden tidak semestinya tidak boleh diganti biarpun tempoh perkhidmatannya belum berakhir.

Sebelum ini, spekulasi timbul mengenai kedudukan Sanusi selaku Presiden UIAM berikutan tindakannya keluar daripada UMNO mengikut jejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah terdapat beberapa pihak yang mendesak Sanusi supaya meletakkan jawatannya sebagai Presiden UIAM kerana tindakannya itu.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Kedah yang menjawat jawatan Presiden UIAM sejak Februari 2000 telah mengadakan sidang akhbar mempertahankan kedudukannya.

Beliau mendakwa tiada siapa yang boleh memecatnya sehingga tempoh perkhidmatannya tamat pada 2010.

dah ler tu...dah tua dah...dok kat masjid dah ler...tak yah ler nak berjuang lagi...zaman kegemilangan (kalau ada) dah berlalu lama dahhhhhhhhh
 
haa...tu ar,ckp lagik xde sape bole pecat ko,
tu tuhan dh pecat melalui sultan pahang,
t'kedu la hang pas nie..
nangis dlm syahdu..
 
errr....berapa ada sesiapa tahu nombor keahlian sultan pahang ni...sultan pahang pun jadi ahli umno kot!!!!!!!!!!!
 
elok bebenor lh tu..bg yg selayaknya :D
 
KUALA LUMPUR 9 Jun - Khidmat Tan Sri Sanusi Junid sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditamatkan mulai 2 Jun lalu walaupun tempoh perkhidmatan beliau sepatutnya berakhir pada tahun 2010.

Menurut sumber, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah dilantik sebagai Presiden UIAM yang baru bagi menggantikan Sanusi, (gambar) 65, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Mohd. Sidek, 57, dikatakan telah menerima watikah pelantikan tersebut yang ditandatangani oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIAM.

Selain itu, salinan watikah berkenaan juga telah dihantar oleh Rektor UIAM, Profesor Datuk Dr. Syed Arabi Idid kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan.

Menurut Perlembagaan UIAM, pelantikan Presiden universiti tersebut adalah di bawah bidang kuasa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIAM.

Ketua Perlembagaan boleh melantik mana-mana individu sebagai Presiden UIAM yang menjadi kuasa prerogatif baginda.

Walaupun tempoh perkhidmatan Sanusi berakhir pada tahun 2010, namun menurut Perlembagaan UIAM, kedudukan beliau selaku Presiden tidak semestinya tidak boleh diganti biarpun tempoh perkhidmatannya belum berakhir.

Sebelum ini, spekulasi timbul mengenai kedudukan Sanusi selaku Presiden UIAM berikutan tindakannya keluar daripada UMNO mengikut jejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah terdapat beberapa pihak yang mendesak Sanusi supaya meletakkan jawatannya sebagai Presiden UIAM kerana tindakannya itu.

Bagaimanapun, bekas Menteri Besar Kedah yang menjawat jawatan Presiden UIAM sejak Februari 2000 telah mengadakan sidang akhbar mempertahankan kedudukannya.

Beliau mendakwa tiada siapa yang boleh memecatnya sehingga tempoh perkhidmatannya tamat pada 2010.

dah ler tu...dah tua dah...dok kat masjid dah ler...tak yah ler nak berjuang lagi...zaman kegemilangan (kalau ada) dah berlalu lama dahhhhhhhhh

dia nak duduk masjid UIAM laa tuh... :D
 
Cian dier... Isk Isk Isk...

:)paid :)paid :)paid :)paid :)paid :)paid :)paid :)paid
 
Ni kalu orang PAS buat camtu mesti riuh seluruh galaksi (glokal)...
 
Back
Top
Log in Register