BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanggup mengaku bukan Islam

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
MELAKA: Empat gadis warga Indonesia yang bekerja di sebuah rumah urut di Taman Melaka Raya dekat sini, sanggup mengaku bukan Islam semata-mata untuk mengelak dicekup oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jaim) dalam operasi mencegah maksiat bersepadu diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) petang Khamis lalu.

Bagaimanapun selepas didesak oleh pegawai MBMB, seorang daripada empat gadis berusia 18 hingga 25 tahun berkenaan terus mengaku dia beragama Islam dan bukan Kristian.

Serentak dengan itu juga tiga rakannya termasuk seorang yang sarat mengandung lapan bulan dipercayai anak luar nikah turut mengaku bahawa mereka beragama Islam.

Terdahulu dalam operasi bermula jam 3 petang hingga 8 malam itu, anggota MBMB dan Jaim yang menerima maklumat awam berhubung pembabitan wanita beragama Islam dalam kerja mengurut pelanggan, bertindak melakukan serbuan.

Ini kerana, perbuatan wanita Islam bekerja di rumah urut adalah satu kesalahan dalam undang-undang syariah negeri ini.

Sebaik serbuan dilakukan berlaku sedikit kekecohan apabila pekerja di pusat urut terbabit enggan bekerjasama dan menafikan ada mengaji wanita beragama Islam.
 
mmg tak takut azab ni ...
 
apa nk jadi...

apa nk jadi...


dunia2....
 
hehe.
indon bila nak lawan malaysia dkt bukit jalil nih.
aku tak sabar nk beraksi.
 
bagus jugak ek melaka. kalo selangor, setahu aku gadis islam boleh je kerja kat rumah urut. tak silap aku la. kalo silap jgn marah aku. hehe....
 
siap ngaku agama lain tu..mujur last2 nk ngaku Islam..hadoi..
 
nak lepas hukuman di dunia, tapi lupa kat akhirat lagi dahsyat...
 
Back
Top
Log in Register