ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
GARLAND, Texas 4 Mei - Dua lelaki bersenjata mati ditembak apabila melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan di luar bangunan yang mengadakan pertandingan melukis gambar kartun Nabi Muhammad SAW, di sini ketika penganjur mempertahankan keputusan penganjuran atas dasar kebebasan bersuara.
Pihak berkuasa Bandar Garland dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook berkata, dua orang lelaki memandu kenderaan ke Curtis Culwell Center dan melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan.
Pasukan polis kemudian bertindak mengejarkan dan menembak suspek, sebelum kedua-dua mereka dijumpai mati.
Pengawal keselamatan terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan berdasarkan siasatan kenderaan suspek dipercayai mengandungi peranti mudah terbakar.
Bagaimanapun, dalam kenyataan tersebut pihak berkuasa tidak menyatakan sama ada serangan mempunyai kaitan dengan Pameran Kesenian dan Pertandingan Muhammad itu.
Kejadian tersebut berlaku selepas sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai American Freedom Defense Initiative menganjurkan pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad dan menawarkan hadiah AS$10,000 (RM36,008) kepada pemenang, selain menjemput ahli politik Belanda, Geert Wilders untuk bercakap tentang Islam radikal.
Laman web Washington Post memetik kenyataan Pengerusi American Freedom Defense Initiative, Pamela Geller berkata, pertandingan itu dianjurkan bagi mempertahankan hak kebebasan bersuara susulan daripada beberapa kejadian keganasan yang berlaku akibat daripada melukis karikatur Nabi Muhammad sebelum ini.
“Pertandingan ini mahu mempertahankan hak kebebasan bersuara dan mahu menunjukkan bahawa rakyat Amerika tidak takut kepada ugutan ganas penganut Islam.
“Ini adalah pendirian yang penting kerana Islam sering menghalang kebebasan bersuara yang juga kebebasan asas manusia,” jelas Geller laman web organisasi berkenaan. – AP/AGENSI