BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samy Vellu gesa pemimpin Hindraf dibebas

ali.kimia007

Active Member
Messages
1,310
Joined
Dec 16, 2007
Messages
1,310
Reaction score
26
Points
30
30/03/2008 8:48pm


KUALA LUMPUR 30 Mac — Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini meminta kerajaan membebaskan lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang kini dalam tahanan.

Menurutnya, dua daripada mereka patut dibebaskan lebih awal kerana seorang daripadanya sakit manakala seorang lagi baru terpilih menjadi wakil rakyat.

Beliau berkata, R. Kenghadaran, 40, “sakit teruk” manakala M. Manoharan, 46, telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Alam Shah di Selangor atas tiket DAP.

Samy Vellu juga berkata, bagi V. Ganabatirau, 34, dan K. Vasantha Kumar, 34, pembabitan mereka tidak begitu mendalam dalam perhimpunan besar-besaran yang dianjurkan pertubuhan tidak berdaftar Hindraf di Kuala Lumpur pada 25 November tahun lepas, yang menyebabkan kelima-lima mereka ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pemimpin kelima yang turut berada dalam tahanan ialah P. Uthayakumar.

Presiden MIC itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan bengkel “Penjenamaan Semula MIC” yang dihadiri 150 pemimpin bahagian parti, di sini.

:(scam :(scam :(scam
 
aiii,,, uncle SAMMY ite ni nak ambik hati kaum dia ke?...
tapi yg pelik nya org kuat UMNO tak pulak desak badawi lepas kan org2 melayu yg di tahan dalam ISA tu.... ape komen kawan2 semua?
 
itu kena tanya pucuk pemimpin kita ..
kita akan bawa usul ni diperhimpunan bulan disember nanti..
 
hehehe.. kena tanya tmbalan menteri dlam ngri yang baru...kawan KJ tu..
 
Hahaha!! dh kalah baru nk pk kaum..valuuu valuuu..
 
pemerintah melayu tak malu ke...

aku tunggu gesaan dari pemimpin amno buat mcm si samy mintak tu..

ada berani ke wahai orang kuat amno..:) :)
 
rentikan jela samy kau dah tak relevan untuk msia daripada kau memekak pasal hindraf baik kau memekak pasal tol senang cakap turunkan tol
 
Hello geng...
Korang perasan tak baru2 ni mahathir dan konco2 dia bangkit balik bela org.. dan lain2.. depa ni ada semacam aje... :eek: :eek: :eek:
 
Hello geng...
Korang perasan tak baru2 ni mahathir dan konco2 dia bangkit balik bela org.. dan lain2.. depa ni ada semacam aje... :eek: :eek: :eek:

Dah kena reject baru la nak pikir rakyat:mad:

Be End:(scam :(scam :(scam
 
Back
Top
Log in Register