ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUALA LUMPUR 5 April - Projek Sabah Ammonia dan Urea (Samur) di kawasan perindustrian minyak dan gas Sipitang (SOGIP) yang bernilai AS$1.9b bilion kini sudah 90 peratus siap dan berada di landasan untuk siap sepenuhnya pada Mac 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Fertiliser Sabah Sdn. Bhd., Mohd. Iskandar Bakeri berkata, apabila Samur siap nanti, loji tersebut berupaya menghasilkan ammonia sebanyak 740,000 metrik tan setahun (mtpa) dan baja urea sebanyak 1.2 juta metrik tan setahun (mtpa).
“Bersama dengan dua lagi loji seumpamanya di Bintulu, Sarawak dengan kapasiti pengeluaran 750,000 mtpa dan Gurun, Kedah 683,000 mtpa, jumlah keseluruhan keluaran Petronas Chemicals Group (PCG) melonjak kepada 2.6 juta mpta berbanding 1.4 juta mpta sekarang.
“Ini bakal menjadikan PCG sebagai pengeluar baja urea kedua terbesar di Asia Tenggara,” katanya kepada Utusan Malaysia yang meninjau tapak projek Samur di Sipitang, kira-kira 160 kilometer (km) dari Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Mohd. Iskandar berkata, satu fakta yang membanggakan dalam projek pembinaan loji Samur itu ialah kemampuan pihak Pengurusan Projek SAMUR mengekalkan rekod keselamatan bersamaan 18.5 juta tanpa LTI (Masa Hilang Kecederaan) setakat Januari lalu.
Antara kemudahan khusus yang terdapat dalam kompleks Samur seluas 3.23 hektar itu ialah jetinya sepanjang 1.5 km yang membolehkan tiga kapal berlabuh sekali gus, iaitu maksimum kapal seberat 45,000 tan boleh dimuatkan.
Menurutnya, apabila siap kelak, loji Samur akan mempunyai kakitangan yang kebanyakannya telah diberi latihan teknikal di Gurun, Kedah, Bintulu, Sarawak dan juga Kertih, Terengganu selama dua tahun.
“Kira-kira 90 peratus operator loji dan 80 peratus kakitangan penyenggaraan merupakan anak Sabah sendiri,” ujar beliau sambil menambah pegawai pengurusan pula merupakan yang berpengalaman bertugas di loji PCG.
Beliau berkata, sebagai teras kepada keseluruhan projek di SOGIP, loji Samur berperanan sebagai pemangkin dalam menukar Sipitang menjadi bandar perindustrian.
“Perubahan itu akan sama seperti yang berlaku ketika pembukaan loji di Bintulu pada 1985 and Gurun pada 1999. Kedua-dua bandar ini kini menjadi pesat.
“Sipitang yang merupakan pekan di laluan Lebuhraya Pan Borneo menyambungkan Sabah dengan Sarawak dan Brunei, akan menikmati manfaat serupa,” ujarnya.
Samur kata beliau, akan menjana pertumbuhan bagi menyokong industri-industri seperti pembangunan prasarana, logistik, perumahan, hotel, penjagaan kesihatan, pendidikan dan sebagainya.