balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
JELAPANG – Sekumpulan penjenayah bertindak melarikan sebuah van syarikat rokok termasuk wang tunai berjumlah RM10,000 di sebuah kedai runcit Taman Mas, Kuala Kuang di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 tengahari itu, dua mangsa dipercayai pemandu dan pembantunya baru keluar dari sebuah kedai runcit untuk menghantar rokok yang dipesan pelanggan.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Anuar Othman berkata, empat lelaki bersenjatakan pisau menyamun van tersebut sebelum ditinggalkan di kawasan perumahan Taman Meru Perdana kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian.
Menurutnya, dipercayai suspek yang menaiki kereta jenis Proton Persona mengekori van terbabit ke kawasan perumahan itu sebelum memunggah rokok yang bernilai lebih RM20,000.
“Suspek kemudian memunggah semua rokok dalam van ke dalam kenderaan mereka dan turut melarikan wang tunai sebelum meninggalkan van terbabit di kawasan tersebut,” katanya.
Anuar berkata, polis masih mengesan empat suspek yang berusia lebih 20 an itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata.
Beliau turut meminta orang awam yang mengetahui kejadian itu agar menghubungi polis.
sumber;http://www.sinarharian.com.my/samun-van-rokok-rm10-000-lesap-1.176471