BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samun pesakit dalam Klinik

adamdaniel81

Super Active Member
Messages
8,208
Joined
Feb 27, 2011
Messages
8,208
Reaction score
166
Points
73
AMPANG: Niat seorang wanita bersama rakannya untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Taman Dagang, bertukar menjadi igauan ngeri apabila menjadi mangsa samun dua lelaki menyebabkan dia kerugian RM600, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, mangsa yang tiba di klinik berkenaan terus membuat pendaftaran di kaunter, namun terkejut apabila tiba-tiba dua lelaki memakai topi keledar menyerbu masuk dan mengacukan pisau ke leher seorang wanita lain yang berada di tepi pintu.

Menurut sumber, mangsa dan rakannya yang terkejut, berlari ke dalam bilik doktor berada berhampiran dan tertinggal beg duit bersama telefon bimbit di atas kaunter.

Mangsa yang turut mengintai dari cermin bilik doktor itu melihat suspek menggeledah beg duitnya itu dan mengambil wang tunai serta barangan berharga.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Samunpesakitdalamklinik/Article/index_html
 
La ni dalam rumah sendiri pun dah tak selamat..inikan pula tempat awam..
 
kt masjd pon dh ade kes2 mcm ni...kt klinik mmg blh jd jgk...manusia makin x berhati perut..makin sesat dr norma2 etika hidup..
 
Betulah ni. Undang2 Malaysia harus dibubar. Hanya hukuman bunuh sahaja untuk golongan ni.
 
sekarang ni kat mana-mana pun tak selamat...
 
Betulah ni. Undang2 Malaysia harus dibubar. Hanya hukuman bunuh sahaja untuk golongan ni.
betul....selagi hudud atau undang2 yg lebih tegas tidak dilaksanakan,penjenayah xkan serik untuk melakukan jenayah..
 
polis malaysia sibuk nak tangkap orang buat bersih ni........ keselamatan rakyat x jaga................ bondos bentol umno
 
makin teruk perangai rakyat 1 malaysia...:-?
 
Back
Top
Log in Register