BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samun guna pistol tiruan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,277
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,277
Reaction score
1,665
Points
201
PISTOL mainan dan pakaian digunakan suspek menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kundang, Rawang, pada Isnin lalu.  FOTO Ihsan PDRM


Rawang: Polis menahan seorang lelaki yang menggunakan pistol mainan untuk menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Kundang, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia 35 tahun yang bekerja di kedai serbaneka berkenaan.

"Dalam kejadian jam 8 malam itu, pengadu memaklumkan seorang lelaki masuk ke dalam premis itu sebelum mengacu objek menyerupai pistol ke arahnya.

"Suspek kemudian meminta wang daripada pengadu, namun dia memaklumkan tiada wang dan mengarahkannya membuka peti wang kaunter.

"Bagaimanapun, pengadu memberitahu dia tidak boleh membuka peti wang berkenaan dan meminta sekotak rokok sebelum terus beredar," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun dalam serbuan di Jalan Besar Bandar Rawang, di sini, jam 11 pagi, semalam.

"Dalam serbuan itu, kami merampas satu pistol mainan berwarna hitam dan satu baju T berwarna biru yang digunakan ketika kejadian.

"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga 28 Februari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960," katanya.

Dalam kes berasingan, katanya, pihaknya menahan dua lelaki berusia 18 dan 52 tahun bersama 50 peket heroin dalam serbuan di Kampung Sri Makmur, Sri Gombak, Gombak, semalam.

Katanya, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 3 Mac untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.


== hmetro
 
samun bersenjata / bersenjata tiruan ade beza x tuduhan dia?
 
Back
Top
Log in Register