BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samsung saman balas Apple

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
SEOUL 17 Okt. - Syarikat elektronik terkenal Korea Selatan, Samsung Elektronics memfailkan injunksi di mahkamah Tokyo, Jepun dan New South Wales, Australia bagi menghalang penjualan produk terbaru pesaingnya dari Amerika Syarikat (AS), Apple Inc. di kedua-dua negara itu.

Samsung dalam satu kenyataan semalam berkata, pihaknya memfailkan injunksi itu bagi mengharamkan penjualan iPhone 4S kerana mendakwa ia meniru paten teknologi syarikat Korea itu.

Samsung juga cuba mengambil tindakan sama ke atas produk iPhone 4 dan iPad 2 di Jepun selepas Apple berjaya mendapatkan perintah sementara menghalang jualan komputer tablet keluaran Samsung, Galaxy 10.1 di Australia.

''Apple berulang kali melanggar hak paten teknologi kami. Kami tidak akan hanya mengambil pendirian tunggu dan lihat, kami akan mengambil tindakan bagi melindungi harta intelek kami,'' ujar Samsung,

Syarikat Korea itu berkata, pihaknya memfailkan injunksi di Jepun di atas tuduhan Apple melanggar hak cipta paten teknologi.

''Di Australia, kes difailkan berdasarkan tuduhan Apple melanggar hak cipta teknologi tanpa wayar yang diperlukan untuk operasi telefon bimbit,'' kata Samsung.

Samsung kelmarin turut mengemukakan rayuan terhadap keputusan sementara menghalang jualan Galaxy 10.1 di mahkamah Australia.

Samsung, syarikat telefon bimbit nombor dua selepas Nokia dan Apple terlibat dalam saman hak cipta dengan masing-masing saling menuduh meniru reka bentuk dan teknologi telefon bimbit dan komputer tablet.

Perbalahan hak cipta melibatkan pasaran bernilai AS$100 bilion (RM300 bilion) itu bermula pada April lalu di Amerika Syarikat (AS) apabila Apple menuduh Samsung meniru produk iPhone dan iPad.

Apple juga cuba menghalang penjualan telefon bimbit Galaxy S dan Galaxy Tab di Jerman, Australia dan beberapa negara lain yang menyebabkan Samsung memfailkan saman balas. - AFP
 
pergaduhan yg membawa kebaikan kepada pengguna gadget....mmg terbaik...masing2 ingin jadi the best.....tpi yg lg baik pengguna untung....:)paid:)paid:)paid:)paid
 
typical american companies, menekan pesaing dengan aksi perundangan yang tak masuk akal.
 
alaaaaaa pesan ja dalam ebay seludup masuk ekekekekek
 
Back
Top
Log in Register