BTC USD 28,077.7 Gold USD 1,981.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Samsung Note4 mula dijual jumaat ini

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd


SAMSUNG Galaxy Note4, yang dinanti-nantikan ramai, akan dijual mulai Jumaat ini.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Samsung Malaysia Electronics berkata 100 pelanggan pertama yang membeli Note4 di Samsung Experience Stores dan pengedar sah yang mengambil bahagian, akan menerima secara percuma 'Gear Circle', peranti bergaya dan rantai intuitif yang berfungsi sebagai fon telinga.

Gear Circle, merupakan antara pelbagai tawaran yang boleh didapati di pameran bergerak tiga hari, katanya.

Presiden syarikat Lee Dong Yong berkata: "Pameran bergerak itu sebagai satu cara untuk memperkenalkan pengalaman baru melalui peranti terbaharu kami.

Melaluinya, pengguna kami boleh mengaitkan produk kami dengan gaya hidup mereka yang akan memudahkan tugas seharian mereka."

Samsung dan rakan kongsi, Celcom, DiGi, Harvey Norman dan Maxis, akan mengadakan ruang perkhidmatan mulai 17 hingga 19 Okt di Blue Concourse, Sunway Pyramid Shopping Mall bagi membolehkan pengguna membeli dengan mudah.

Galaxy Note4 boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, putih dan emas. - Bernama
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register