TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
http://www.youtube.com/watch?v=NMaeJ6hOtCY
SEIRING dengan majlis Mobile World Congress (MWC) 2015 yang bakal berlangsung di Barcelona, Sepanyol, pada 2 Mac 2012, Samsung ‘mengusik’ penggemar telefon pintar di dunia dengan memuat naik satu video ke YouTube.
Video yang dimuat naik menerusi akaun Samsung Mobile itu berdurasi 45 saat dan dipercayai adalah model terbaru Samsung dari keluarga Galaxy iaitu S6 yang bakal diumumkan pada Samsung Unpack 2015, di MWC.
Video menunjukkan skrin peranti dan ciri lengkung di sisi peranti itu beserta suara latar berkata, "Metal will flow. Borders will disappear.
Reflections will be free. (Besi akan mengalir. Sempadan akan hilang. Tiada refleksi).
Menurut sumber, badan peranti itu akan dihiasi dengan besi dan menggantikan ciri plastik premium yang pernah digunakan sebelum ini.
Setakat ini, masih menjadi tanda tanya sama ada peranti yang ditonjolkan di dalam video itu adalah Galaxy S6 atau pun tidak.
Team myMetro akan ke Barcelona dan menyaksikan sendiri perlancaran peranti terbaru keluaran syarikat gergasi Korea Selatan itu, pada 1 Mac 2015.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32397#sthash.MBpwLhbo.dpuf