Samseng kerdil janji berkelakuan baik

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591

GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Lancashire Telegraph semalam menunjukkan Wilkinson (kiri) berjalan bersama ibunya ke sebuah mahkamah majistret di Chorley kelmarin.

CHORLEY - Seorang samseng kerdil, Liam Wilkinson yang berketinggian 114 sentimeter berjanji akan berkelakuan baik selepas dia dikenakan Perintah Kelakuan AntiSosial (ASBO) oleh sebuah mahkamah Britain, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Menurut akhbar Lancashire Telegraph, walaupun tingginya seperti seorang budak kecil, Wilkinson yang berumur 19 tahun ditakuti jiran-jirannya dan dia kerap mengganggu penduduk di sini sejak tiga tahun lalu.

Pihak berkuasa telah menerima pelbagai aduan berhubung kelakuan buruk samseng kerdil itu.

Antara aduan itu ialah dia memanjat bumbung rumah, menceroboh, mabuk dan membaling batu serta telur ke arah orang ramai.

Ekoran aduan itu, seorang majistret mengenakan perintah ASBO selama dua tahun terhadap Wilkinson pada 17 Disember lalu yang melarangnya berada di beberapa kawasan di sini.

Bagaimanapun, larangan itu dibatalkan kelmarin dan digantikan dengan arahan baru.

Arahan baru itu ialah dia dilarangnya mengganggu enam individu di kawasan perumahannya.

"Anak guam saya tidak melakukan jenayah serius seperti merompak atau menagih dadah. Dia cuma kasar dan berkelakuan buruk," kata peguam samseng kerdil itu, David Edwards.

"Setelah kisahnya mendapat liputan meluas media, anak guam saya memutuskan untuk berubah menjadi seorang yang baik," tambahnya. - Agensi
 
Top
Log in Register