BTC USD 84,409.3 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sampai bila harus begini....

perkara ini akan terus berlaku & berlaku....

selagi kita berpegang pada sistem demokrasi.....

yang mana wujudnya 3 pihak, iaitu kerajaan, pembangkang & bebas...

sistem ini adalah amat2 berkesan sekiranya al-Quran & sunnah dijadikan asas undang2.....

malangnya, di negara Malaysia berpegang teguh dengan undang2 lord ried....

maka ada yang memilih jalan untuk mematuhi segala perlembagaan yang termaktub bagi menukar perlembagaan setelah mendapat tampuk pemerintahan....

ada pula yang terus menggunkan undang2 ini walaupun telah berkuasa untuk meminda undang2 terbabit....

pada saya, penyelesaian bagi kemelut ini adalah dengan bersatu...

ketepikan fahaman politik kepartian.....

cari titik persamaan, bukan perbezaan.....

gerak kerja bagi mencapai pengukuhan ekonomi & agama patut seimbang...

kita patut 'mengprofesionalkan golongan ulama & mengulamakkan golongan profesional' dengan cara ini ia mampu menjaga kesinambungan....:">:">

benar kata-katamu itu.
:)
 
selepas aku duk baca posting kebanyakan warga CG di section politics, aku nak memulakan persoalan2 ini:

1. sampai bila kita hendak saling menuding jari ke arah satu sama lain semata2 tanpa usaha?

2. sampai bila kita hendak saling tuduh menuduh tanpa usaha untuk mengembalikan apa yang kita telah hilang dan akan hilang di bumi bertuah ini?

3. adakah ini cara untuk memajukan bangsa & agama kita?

4. apa kata kita lawan mereka dengan kuatkan ekonomi kita dahulu sebelum kita kembalikan kekuasaan politik disana?

ini tidak abis2 asik duk sembang politik sana, sembang politik sini, kutuk sana, kutuk sini, adu domba, dll.
pada pemerhatian saya, rasa-rasanya bangsa/rakyat negara lain tidak ada yang berpolitik/sembang politik sekuat bangsa/rakyat kita.

adakah budaya berpolitik sebegini diamalkan oleh negara-negara maju?

adakah mereka maju dengan budaya sebegini?

sekian sahaja soalan dari saya.

diharap anda semua mampu membalas dengan memberi hujah-hujah menarik yang boleh dikongsi dengan semua warga-warga CG yang lain dan bukan sekadar memberi posting SAMPAH seperti "ntah, xtau la aku" atau "apelah TT ni ngarut neyh" dll didalam thread ini.

sebab ini tanah air kita,jika kita menumpang di tanah ini perkara ini x mungkin terjadi,jgn sampai terhantuk baru nak sedar spt di singapura,selatan thai,selatan filipina semua org melayu disana ditindas tapi kita disini hidup senag lenang tapi masih lagi x tau nak menghargai,bukan nak salahkan sesape tapi sikap segelintir para pemimpin yg egois dlm memerintah negara.
 
pada pandangan aku..

berpolitik tu x salah

tp bergaduh menegakkan sesuatu tu yg x elok n x best tu

senang ckp,undi adalah rahsia...x semestinya si dia ni pro sesuatu parti itu akan pangkah parti itu mase PRU..no one knows
 
ni pendapat saya
manusia itu tak sempurna dan takkan sempurna
seperti mana politik
takkan sempurna
jadi biasa ler pasti ada yg sokong dan bangkang
tapi sokong atau bangkang biarlah dgn hujah2 yg baik
dan bukan dgn emosi
dan yang memilih pun biarlah dgn akal dan pemikiran yg baik dan tulus
 
ni pendapat saya
manusia itu tak sempurna dan takkan sempurna
seperti mana politik
takkan sempurna
jadi biasa ler pasti ada yg sokong dan bangkang
tapi sokong atau bangkang biarlah dgn hujah2 yg baik
dan bukan dgn emosi
dan yang memilih pun biarlah dgn akal dan pemikiran yg baik dan tulus

benar kata-katamu.
:)
 
pada pandangan aku..

berpolitik tu x salah

tp bergaduh menegakkan sesuatu tu yg x elok n x best tu

senang ckp,undi adalah rahsia...x semestinya si dia ni pro sesuatu parti itu akan pangkah parti itu mase PRU..no one knows

benar.
memang berpolitik tidak salah.
namun masyarakat kita dilihat terlalu leka bersembang mengenai hal-hal politik sehingga aktiviti harian dan kerja yang sepatutnya dilakukan terjejas.
kebanyakan orang-orang kita bila ada masa sedikit sahaja mulalah bersembang mengenai politik dan mengutuk pihak-pihak yang tidak sehaluan dengan mereka.
apakah ini masih sesuatu budaya yang sihat?
:((
 
kalu zaman dulu, utk mendapatkan kekuasaan politik dan pemerintahan, pembunuhan pun dihalalkan.

tapi zaman sekarang, pembunuhan masih lagi berlaku... walaupun tidak seterang seperti di lakukan dahulu.

berkenaan soal bergaduh, bermakian dsb.. itu asam garam... kerana ia melibatkan satu stake yang sangat tinggi. kita patut pikir juga... jika ia melibatkan isu berbilion ringgit duit rakyat... adakah bergaduh, bermakian itu terlalu tercela tindakan untuk menyelamatkan hak rakyat?

sudah tentu tidak.

pihak pembangkang merasakan yang kerajaan membazirkan duit rakyat. maka mereka rasa mereka mempunyai tanggungjawab untuk bercakap dengan apa cara yang perlu supaya mereka didengari... hatta maki hamun sekalipun.

pihak kerajaan merasakan jika wang berbilion ini pergi kepada pihak pembangkang, maka dia rasa, wang ini akan pergi kepada manusia yang incompetent- yang tidak mempunyai kemampuan yang baik untuk mentadbir tanggungjawab yang sebesar ini.. maka mereka pun mahu merka didengari.. dengan apa cara sekalipun.

bagi mendapatkan sokongan majoriti... maka apa cara pun kena buat.

so, jawapan dia... bendanya akan kekal begini. itupun, politik di mesia ni masih lagi jinak jika dibandingkan dengan negara2 lain yang jauh lebih tegas dalam menyuarakan ketidaksetujuan
 
kalau nk bersatu utk bangsa & agama,aku setuju sgt2...kalau berpolitik,mmg smp bile2 kite xkan bersatu...tp sblm bersatu,kena pastikan xde lagi sembahyang masjid asing2,pdhal kawasan yg same...asing sbb politik,B msjd sane,P msjb sini...
ntahla,aku pun xphm...msg2 dok kutuk sane sini,xterime imam yg berlainan politik,tp agama still same...
sbb 2 aku lbh rela maintain,atas pagar...
:-?:-?:-?:-?
 
disini,bila rakyat nak berpolitik secara terbuka dan terutamanya dari pihak
pembangkang,cepat je polis dan pihak berkuasa amik tindakan..
tapi kalau di pihak kerajaan,polis2 ni buat tak tau je...
rakyat tak puas hati,nak berpolitik secara terbuka,
sayangnya negara kita tak mengamalkan budaya macam tu..
ada berani ke FINAS nak kasi lepas cite macam cite2 hindi yang banyak
papar rasuah ahli2 politik di layar perak?
kalau nak rasa dok kat kamunting minimum 2tahun,buat la..
jadi,rakyat menyalurkan segala ketidakpuasa hati mereka secara maya...h,,..
 
kalau nk bersatu utk bangsa & agama,aku setuju sgt2...kalau berpolitik,mmg smp bile2 kite xkan bersatu...tp sblm bersatu,kena pastikan xde lagi sembahyang masjid asing2,pdhal kawasan yg same...asing sbb politik,B msjd sane,P msjb sini...
ntahla,aku pun xphm...msg2 dok kutuk sane sini,xterime imam yg berlainan politik,tp agama still same...
sbb 2 aku lbh rela maintain,atas pagar...
:-?:-?:-?:-?

sama la kita.
sebelum ini aku rajin juga bercakap mengenai hal-hal politik namun sekarang aku rasa lebih baik aku majukan diri aku dulu sebelum aku bercerita semula mengenai isu-isu politik kerana aku melihat orang-orang lain tiada yang bercerita politik sebanyak orang-orang kita.
orang-orang lain aku lihat mereka lebih sibuk untuk memajukan diri mereka berbanding orang-orang kita yang lebih sibuk bercerita/bersembang politik di kedai-kedai kopi online/offline.
:((:((
 
Back
Top
Log in Register