alberq
Legendary Member

- Messages
- 11,749
- Joined
- Apr 7, 2009
- Messages
- 11,749
- Reaction score
- 38
- Points
- 120
salam,
tadi khutbah jumaat di tempat aku bgtau..haram menyambut perayaan org kafir
search2 kat google ...
wallahualam
tadi khutbah jumaat di tempat aku bgtau..haram menyambut perayaan org kafir
search2 kat google ...
jumpa plak fatwa
Tarikh Keputusan: 14 Mar, 2004
Keputusan:
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 19 Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 buat kali ke 162 telah membuat keputusan bahawa merayakan /menyerupai perayaan orang kafir adalah haram.
Apabila meneliti tentang budaya dan agama sebenarnya perlu perincian. Ini kerana, contohnya kita ambil yang terdekat, seperti bangsa Cina atau India merupakan satu bangsa yang boleh dikatakan berasimilasi sekian lama dengan kepercayaan yang telah mereka anuti, dan terdapat pengamalan yang sinonim dari sudut agama dan bangsa mereka, ini contoh je lah. Sebagai contoh, Deepavali. Umumnya kita tau perayaan ni disambut oleh masyarakat India beragama Hindu, jarang kita nampak India Muslim meraikan Deepavali melainkan untuk meraikan mungkin sedara-mara mereka yang beragama Hindu, tapi tu bukan persoalannya. Yang cuba disampaikan di sini adalah signifikan bagi kita yang mungkin takde kait-mengait langsung atau takde kepentingan langsung untuk meraikan sesuatu perayaan yang bukan biasanya kita raikan. Tambahan pula aku ambil contoh sini, Deepavali. Teliti balik asal-usul perayaan tersebut, di mana ia menandakan kemenangan maharaja Rama menewaskan pemerintah Ravana, yang mana Rama ni merupakan avatar (jelmaan tuhan) yang ke-7 bagi dewa Vishnu, manakala Ravana diceritakan sebagai pemerintah yang ganas dan kejam. Kisah ni bersumberkan epik Ramayana, satu epik purba yang sangat lama hingga boleh dikesan sekitar tahun ke-4 sebelum Masihi. Tu penerangan ringkas. Walaupun kalau dari segi fizikalnya tidak mempunyai sebarang maksud yang agak berkaitan dengan aspek rohaniah atau metafizik (kerana Rama dan Ravana merupakan manusia) tetapi jika diambil kira sumbernya yang mencampur-aduk faktor ketuhanan, perkara seperti ini menimbulkan persoalan. Contoh terdekat ler kalau nak diambil dalam masyarakat Melayu kita, contohnya kalau kita meraikan turunnya raja sekian-sekian dari kayangan seperti yang ada dalam banyak kitab Melayu purba dulu. Faktor yang perlu dipertimbangkan adalah sumber dan jugak signifikan.
wallahualam