BTC USD 80,639.6 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saman trafik

cari kabel.....kompom bleh setel...huhuhu

byk la ko punyer settle....
NO FURTHER ACTION (NFA) ni laku klu x masuk komputer lg je...
klu dh key in dlm komputer....
ko gi jer la jumpe musa hassan klu dia nak tolong...:">:">:">:">
 
byk la ko punyer settle....
NO FURTHER ACTION (NFA) ni laku klu x masuk komputer lg je...
klu dh key in dlm komputer....
ko gi jer la jumpe musa hassan klu dia nak tolong...:">:">:">:">

btul btul btul.. klu settle tu pun diorang yang bayarkan.. n mesti ada muslihat tersembunyi tu mcm nak ngorat kakak kita ke.. :))
 
saman yg kenasign ni jgn cari pasal....kes ni yg keluar waran tangkap tu:D:D:D...

ooowh..saman yg kena sign je la yg kena waran tangkap ek? saman speed trap tak kena la ye max?
 
byk la ko punyer settle....
NO FURTHER ACTION (NFA) ni laku klu x masuk komputer lg je...
klu dh key in dlm komputer....
ko gi jer la jumpe musa hassan klu dia nak tolong...:">:">:">:">

ooo yer ker x leh settle:)paid...hehehe sory sory, dulu ayh aku pernah kne saman double line, jumpe mmber dier dpt murah skit...:D:D
 
ada cara ke nk kurangkan bayor saman ek...
kena 3 kali speed trap nie...
jumlah rm750.....:((:((
 
agak2...
kalu buat surat rayuan...
dpt kurang berapa ek...??
sape ada pengalaman...??
 
nak check kat mana ek saman online?
 
member aku pelik...kereta duk terengganu tapi dapat saman kat KL...depan KLCC plak tuh...yang pelik..tarikh dia kena saman tuh sama dengan tarikh dia pegi minum teh dengan aku kat terengganu...
 
nak check kat mana ek saman online?

bse check kt myeg..
tapi kna log in la..
tak taw la tak log in leh ke tak..
Hehe~
baru2 ni setelkan sume saman tertunggak..
Saman trafic shah alam RM600 bayar kt Klang dapat kurang sampai RM350 pastu lagi 1 saman Langgar Orang RM300 dapat kurang RM180..
Tinggal saman2 parking je..
Polis trafic Klang yg aku slalu deal tu kata takyah bayo..:eek:
 
PANDUAN PROSES KESALAHAN BAGI KES-KES TRAFIK DI MAHKAMAH MAJISTRET

PENGENALAN

Kesalahan trafik adalah kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atau Akta Lembaga Pelesnan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334)

Di bawah Akta-Akta ini, denda minimum adalah RM300.00. Ia boleh mencapai RM10,000.00 Mengikut kesalahan yang dilakukan. Kenderaan anda juga boleh disita dan dilucuthak.

Bagi kesalahan-kesalahan yang serius, anda boleh dipenjarakan sehingga 5 tahun dan lesen anda boleh dibatalkan atau digantung sekurang-kurangnya 12 bulan. Sekiranya anda tidak mempunyai lesen memandu semasa kesalahan-kesalahan dilakukan , anda boleh dilarang untuk memohon lesen sekurang-kurangnya dilakukan, anda boleh dilarang untuk memohon lesen sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh hukuman.


JENIS-JENIS KESALAHAN

Di dalam Akta-Akta ini, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

1. Saman Boleh Dikompaun

Anda boleh membayar kompaun tersebut sebelum luputnya tarikh yang telah ditetapkan di dalam notis JPJ(P)22Pin.1/94 dan Polis 257 Pin.4/95 yang telah diterima oleh anda sewaktu saman dikeluarkan. Tetapi jika tarikh kompaun telah tamat, anda dikehendaki hadir ke Mahkamah.

2. Saman Tidak Boleh Dikompaun

Kehadiran anda di Mahkamah adalah diwajibkan. Sekiranya anda tidak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan, waran tangkap akan dikeluarkan terhadapa anda.

3. Kesalahan Yang Boleh Ditangkap

Kesalahan ini adalah melilbatkan kesalahan-kesalahan seperti memandu secara merbahaya menyebabkan kematian, memandu secara melulu dan membahayakan dan juga memandu ketika dil bawah pengaruh alkohol.

Bagi kesalahan ini, anda boleh ditahan oleh pihak berkuasa sehingga 14 hari untuk disoal siasat sebelum anda di bawa ke Mahkamah untuk diadili.


APAKAH JENIS-JENIS KESALAHAN BIASA DILAKUKAN DALAM KES-KES TRAFIK

Peruntukan Undang-Undang

# Tiada lesen kenderaan motor s15(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
# Lesen kenderaan motor tamat tempoh s15(1) APJ 1987
# Tidak mempamerkan lesen kenderaan motor s20(1)APJ 1987
# Lesen memandu tamat tempoh s26(1)APJ 1987
# Tidak berhenti semasa ditahan oleh polis, warden lalullintas atau pegawai JPJ yang berpakaian seragam s55 APJ 1987
# Gagal menunjukkan lesen memandu atau insurans apabila diminta oleh polis, warden lalulintas atau pegawai JPJ s18(1) APJ 1987
# Tiada insurans pihak ketiga s90 APJ 1987 bagi kesalahan ini lesen memandu mesti digantung sekurang-kurangnya satu tahun.
# Memotong dua garis berkembar peraturan 12(3)(a)Traffic Signs Rules 1959
# Tidak memakai topi keledar peraturan 4 Motorcycle (Safety Helmets)rules 1959
# Tidak memakai tali pinggang keledar peraturan 4 Motor Vehicles (Safety Seatbelts)Rules 1978



SEMUA KESALAHAN DI ATAS MEMBAWA HUKUMAN MAKSIMUM RM10000.00
ATAU TIGA (3) BULAN PENJARA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI

# Memandu melebihi had laju s40(1)APJ 1987. Hukuman maksimum RM1000.00.
# Memandu secara melulu atau merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian s41(1) APJ 1987. Hukuman maksimum RM10,000.00 atau lima(5) tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Lesen memandu mesti digantung sekurang-kurangnya satu tahun dan juga diendors.
# Memandu kenderaan tanpa kecermatan dan perhatian yang berpatutan atau tanpa pertimbangan terhadap orang lain s43(1) APJ 1987.
# Hukuman maksimum RM2,000.00 atau enam (6) bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Lesen mesti diendors dan boleh digantung.


PROSES PENGAKUAN SALAH DI MAHKAMAH UNTUK KES-KES SAMAN TRAFIK

# Berada di Mahkamah sebelum pukul 9.00 pagi pada tarikh yang diberi di dalam saman.
# Nama anda akan dipanggil oleh pihak polis dan anda akan diberitahu Mahkamah yang mana perlu dihadiri.
# Tunggu di dalam mahkamah sehingga nama anda dipanggil oleh jurubahas. Apabila dipanggil sila tampil ke hadapan.
# Tuduhan akan dibaca dan diterangkan kepada anda dalam bahasa yang dipilih oleh anda dan anda akan ditanya smaa ada anda faham tuduhan tersebut.
# Jikalau anda faham tuduhan anda akan ditanya sama ada anda mengaku salah atau tidak.
# Jikalau anda mengaku salah, anda akan disabitkan ke atas tuduhan tersebut. Sebelum hukuman dijatuhkan anda akan diberi peluang untuk membuat rayuan.
# Jikalau anda tidak mengaku salah, satu tarikh perbicaraan akan ditetapkan dan anda akan dilepaskan sementara menunggu tarikh perbicaraan kelak.


DIMANAKAH DENDA PATUT DIBAYAR?

Denda mesti dibayar di pusat pembayaran denda atau di kaunter Mahkamah.
Resit rasmi akan dikeluarkan oleh Mahkamah untuk semua pembayaran denda
Dan anda mesti menyimpan resit itu dengan baik sebagai bukti pembayaraN untuksemua urusan.


BOLEHKAN DENDA DIBAYAR SECARA ANSURAN?

Mahkamah mempunyai kuasa untuk membenarkan denda dibayar secara ansuran ataupun untuk memberi masa untu menjelaskan denda. Kuasa ini tertakluk kepada budibicara Mahkamah dan anda diingatkan bahawa bayaran ansuran atau masa yang lebih untuk membayar denda jarang sekali dibenarkan.


BOLEHKAH DENDA DIBAYAR DENGAN CEK, KAD KREDIAR DSB?

Semua denda mesti dibayar secara tunai sahaja. Jenis-jenis pembayaran lain tidak diterima.


BOLEHKAH KES ANDA DIKOMPAUN?

Jika kesalahan itu boleh dikompaun, suatu tarikh untuk kompaun kes akan dinyatakan di dalam saman. Anda tidak akan dibenarkan mengkompaun kes selepas kes dirujuk ke Mahkamah.


BOLEHKAH ANDA MENGAKU SALAH MELALUI SURAT

Pengakuan salah melalui surat boleh diterima dengan syarat-syarat berikut:

# Hukuman maksimum bagi kesalahan yang dirujuk tidak melebihi RM1000.00 atau tiga(3) bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
# Pengakuan salah mesti termaktub dengan jelas di dalam surat tersebut.
# Surat itu mesti bertarikh dan ditandatangani oleh anda.
# Alamat anda mesti diberi dengan penuh dan jelas.


Anda boleh memberi apa-apa penjelasan atau rayuan melalui surat pengakuan salah itu. Anda perlu terangkan macam mana sebarang denda yang akan dikenakan dapat dibayar. Biasanya anda akan diberi masa (1) minggu untuk membayar denda.


APAKAH PERLU ANDA BUAT JIKA TIDAK PUAS HATI DENGAN
HUKUMAN YANG DIJATUHKAN OLEH MAHKAMAH?

Jikalau anda tidak dapat hadir di Mahkamah atas alasan-alasan yang munasabah, suatu tarikh baru akan diberi atau anda akan diberitahu melalui notis. Sebaik-baiknya anda mesti memberitahu Mahkamah terlebih dahulu jikalau tidak dapat hadir. Jikalau anda ingkar hadir tanpa sebab-sebab yang munasabah, suatu waran tangkap akan dikeluarkan.


BOLEHKAH ANDA DIWAKILI OLEH PEGUAM?

Untuk mendapat khidmat nasihat seorang peguam adalah hak anda. Anda dibenarkan diwakili oleh seorang peguam di dalam apa-apa prosiding di Mahkamah.
 
Back
Top
Log in Register