BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saman trafik: Ejen perkapalan didenda RM2,250

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

K. Hartik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki berbagai kesalahan trafik sejak tahun 2007 hingga 2014 di Mahkamah Majestret Manjung, di sini hari ini. UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN​

LUMUT 28 Mei – Seorang ejen perkapalan didenda RM2,250 atau penjara 27 hari oleh Mahkamah Majistret Manjung di sini hari ini setelah mengaku bersalah terhadap sembilan pertuduhan tidak memiliki lesen memandu sejak lapan tahun lalu.

K. Kartik, 28, dari Taman Sri Melor, Ayer Tawar di sini membuat pengakuan tersebut terhadap kesemua pertuduhan itu serta lapan lagi pertuduhan bagi pelbagai kesalahan trafik lain di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad.

Nurul Ainna memerintahkan Kartik didenda antara RM150 dan RM300 yang kesemuanya berjumlah RM2,250 bagi pertuduhan tidak memiliki lesen memandu manakala 11 Jun ini ditetapkan bagi keputusan terhadap lapan pertuduhan lain yang dihadapi lelaki itu.

Kartik yang mempunyai 17 waran tangkap itu mempunyai 23 saman atas pelbagai kesalahan trafik termasuk tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi dan melanggar lampu isyarat.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukannya di beberapa kawasan di daerah Manjung antara April 2007 dan Ogos 2014.

Terdahulu, Nurul Ainna sebelum menjatuhkan hukuman menegur sikap Kartik kerana mengambil masa yang lama untuk mengambil lesen memandu.

Kata beliau, bayaran untuk mengambil lesen bukan terlalu tinggi jika mahu dibandingkan dengan jumlah denda yang perlu dilangsaikan lelaki itu.

“Lapan tahun, kamu ada masa yang sangat panjang untuk ambil lesen. Kenapa tidak ambil lesen? Ambil lesen tidak sampai RM1,000 jika mahu dibandingkan dengan membayar denda,” kata beliau.

Lelaki itu yang masih belum berkahwin memberitahu, dia yang kini telah mempunyai pekerjaan tetap sudah pun berdaftar untuk mengambil lesen memandu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Roslan Suki.

Kartik membayar denda tersebut.
 
Back
Top
Log in Register