BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sam Bunkface timang anak lelaki

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
sam.transformed_3.jpg

KUALA LUMPUR: Vokalis Bunkface, Sam, meraih keriangan berganda pada sambutan Aidiladha tahun ini apabila isterinya, Aida Azira Hussin, selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, jam 4.25 petang semalam

Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 28, berkata hanya kesyukuran yang mampu dipanjatkan dengan kelahiran permata hati mereka itu

"Alhamdulillah. Terima kasih yang mendoakan kesejahteraan anak dan kami," katanya menerusi paparan gambar bayi bersama status yang dimuat turun menerusi laman Instagramnya

Perkongsian mengenai anak lelaki yang diberikan nama Maleeq Shamsul Annuar itu mendapat kira-kira 10 ribu tanda 'likes', selain lebih 400 komen yang rata-rata memberikan ucapan tahniah

Kehadiran Maleeq, yang dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Pantai Bangsar itu juga menjadi tanda cinta pasangan yang bergelar suami isteri pada pada April tahun lalu di Dewan Sapura, Mines Resort City, Seri Kembangan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/192339
 
Alhamdulillah.
Tahniah kepada sam dan pasangan.
 
Alhamdulillah... dapat gak abg ipar aku anak lelaki
 
Back
Top
Log in Register