BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sam (Bunkface) Bertunang Dengan Penerbit TV3

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
sam%2Bbunkface%2Btunang.jpg

Vokalis kumpulan Bunkface iaitu Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd. Baharom mengaku telah mengikat tali pertunangan dengan Aida Azira Hussin, seorang penerbit rancangan di TV3.

Sam, 27, berkata majlis pertunangan itu berlangsung secara sederhana di kediaman wanita itu di Masjid Tanah, Melaka pada 6 Oktober lalu.

"Kami sudah selamat bertunang sebulan lalu manakala majlis itu dibuat secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

"Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan," ujarnya.

Sam ditemui pada majlis sidang media pelancaran muzik video Malam Ini Kita Punya di pejabat Sony Music Malaysia, Publika di sini, Selasa.

Sam dan Aida, 27, telah berkenalan selama empat tahun sebelum mereka memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih dua tahun lalu.

Jelas Sam, pengakuan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dan khabar angin yang tidak tepat mengenai hubungan mereka.

"Saya mendedahkan perkara ini adalah bagi menjelaskan status hubungan kami yang selama ini menjadi tanda tanya.

"Kesian juga dekat Aida yang terpaksa menjawab pertanyaan banyak pihak," katanya.

http://www.cari.gold/2014/11/sam-bunkface-bertunang-dengan-penerbit.html
 
mcm fynn jamal muka
 
alhamdulillah, semoga ke jinjang pelamin
 
patotlah slalu dpt show dgn tv3
ade projek baik rupenye:)):))
 
nasibla ada nama

klo tak setakat rambut depan gunting rata cmtu sapela yg nak
 
untung la....
 
Back
Top
Log in Register