BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salman Khan dibicarakan semula

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
Salman-Khan_59.jpg


Bintang Bollywood Salman Khan bakal dibicarakan di mahkamah atas tuduhan membunuh selepas terlibat dalam satu kemalangan maut lebih 10 tahun lalu.

Menurut laman sesawang Guardian, keputusan tersebut dibuat pada 24 Jun lalu, dan sekiranya didapati bersalah, Salman bakal berdepan dengan hukuman penjara 10 tahun.

Pelakon "Ek Tha Tiger" ini sebelum ini telah dibicarakan atas tuduhan kecuaian yang menyebabkan kematian, yang mana membawa kepada hukuman maksima dua tahun dalam penjara.

Dalam kemalangan yang berlaku pada September 2002, seorang lelaki terbunuh manakala tiga lagi tercedera apabila kereta yang dipandu Khan melanggar sekumpulan gelandangan yang sedang tidur di tepi jalan di Mumbai.

Perbicaraan bakal dimulakan 19 Julai ini.
 
Back
Top
Log in Register