mcm ni, apabila gomen nak beli produk @ perkhimatan dia akan cari syarikat yang boleh terima L.O (local oder). local oder ni disediakan dalam 2 salinan, 1 salinan warna kuning dan satu salinan warna merah jambu (pink).
mula2, kerajaan akan minta sebutharga untuk barangan yang hendak dibeli. (minta sebutharga ni tak semestinya dia akan pilih syarikat tu), biasanya kerajaan akan compare 3 sebutharga sebelum membuat pembelian. (nota : sesetengah agensi hanya akan membandingkan 3 sebutharga untuk pembelian melebihi 10K keatas, untuk 10K kebawah, hanya 1 sebutharga diperlukan, tapi ni bergantung kepada kawalan dalaman agensi itu sendiri).. biasanya pemilihan akan dibuat pada harga terendah.
ok step dia,
1. agensi akan minta sebutharga dari pembekal untuk penyediaan L.O.
2. apabila L.o siap, agensi akan menghubungi pembekal untuk penghantaran barang @ perkhidmatan, L.O akan diberikan kepada pembekal pada masa tu.
3. pembekal hantar barang @ produk, tandatangan L.O, kuning bagi semula pada agensi tersebut, merah jambu untuk simpanan pembekal. masa hantar L.O ni(kuning) kena bagi D.O, Invois dan sebutharga asal (kalau yang sebelum ni faks sahaja - untuk sebutharga sahaja)
4.tunggu payment masuk bank, biasanya dalam tempoh 14 hari.
nota: seboleh2nya agensi akan mencari syarikat yang berdaftar dengan kementerian kewangan dibawah kod bidang tertentu.