BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salam Ramadhan

Selamat Datang ke CariGold Forum!

Hi IlhamNurul,

Salam sejahtera dan selamat datang kami diucapkan pada anda. Di harapkan anda dapat bersama-sama bekerjasama di dalam mematuhi segala peraturan forum yang telah ditetapkan.

Sebelum anda bermula untuk memulakan posting, anda WAJIB membaca peraturan forum DI SINI.

Anda juga digalakkan membaca Terms & Regulations forum DI SINI.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa komen, cadangan ataupun aduan, sila hubungi kami terus DI SINI.

Anda digalakkan membaca saranan-saranan di bawah untuk dijadikan panduan semasa berforum. Panduan ini adalah etika standard (standard ethic) cara berforum yang sebenar di dalam komuniti forum online :-

1) Amalkan budaya berforum secara matang dan berisi. Elakkan dari offtopic, bersembang kosong dan 'berlucah' yang diamalkan oleh sesetengah kelompok ahli. Golongan ini hanya semata-mata ingin mencari publisiti / mengejar status posting / belum cukup matang / masih tidak memahami konsep online forum perbincangan sebenar.

2) Elakkan membuat sebarang post apabila tiada idea untuk menghantar post. Jangan tambahkan post seperti "no comment", "smilies", gelak ketawa atau sebarang post yang tidak perlu.

3) Jangan sesekali "quote", membalas atau melayan mana-mana posting yang "offtopic". Anda mungkin dikenakan amaran apabila situasi ini terjadi.

4) Jaga kredibiliti anda sebagai forumer yang baik. Jangan ambil peduli sekiranya ada pandangan negatif yang dilemparkan terhadap anda. Pihak administrator & moderator lebih mengenali sikap anda (sekiranya aktif berforum).


Untuk lebih memahami peraturan forum ini, rujuk peraturan forum DI SINI.

Kami mengucapkan semoga anda bergembira dan juga dapat menimba ilmu pengetahuan disamping memperolehi kawan baru sepanjang berada di sini.

:) SELAMAT BERFORUM! :)

----------------------------------------------------------------

Hi IlhamNurul,

Greetings & welcome aboard! We wish you could bring full cooperation in abiding the forum rules.

Before you make any post, you MUST read the forum rules HERE.

You're also advise to read our Terms & Regulations HERE.

If you have any comments, suggestions & complaints, kindly do directly contact us HERE.

We wish you will be happy, get a lot of informations and also friends while you're in here.

:) HAPPY POSTING! :)
 
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶




welcome to the club:D:)cgrock
 
Daripada tak ada isi apa-apa..aku tolong letak yang ni je la
sempena ramadhan ni
...

Kelebihan Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Kelebihan Malam Ke-2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Kelebihan Malam Ke-3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Kelebihan Malam Ke-4
Akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Kelebihan Malam Ke-5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Kelebihan Malam Ke-6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Kelebihan Malam Ke-7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Kelebihan Malam Ke-8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Kelebihan Malam Ke-9
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Kelebihan Malam Ke-10
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Kelebihan Malam Ke-11
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Kelebihan Malam Ke-12
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Kelebihan Malam Ke-13
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Kelebihan Malam Ke-14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Kelebihan Malam Ke-15
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Kelebihan Malam Ke-16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelebihan Malam Ke-17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Kelebihan Malam Ke-18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Kelebihan Malam Ke-19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Kelebihan Malam Ke-20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Kelebihan Malam Ke-21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Kelebihan Malam Ke-22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Kelebihan Malam Ke-23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Kelebihan Malam Ke-24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Malam Ke-25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Kelebihan Malam Ke-26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Malam Ke-27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Kelebihan Malam Ke-28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Kelebihan Malam Ke-29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Kelebihan Malam ke-30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
 
Back
Top
Log in Register