Kalau benda ini tak elok saya tak akan bercerita. Tapi terus terang saya katakan ianya bukanlah satu benda yg mudah. The attraction of easy money in forex is something which is not true. Bahawa senang dapat duit dalam forex itu adalah satu perkara yg tidak benar kerana ramai yg kehilangan wang dalam forex. Kenapa? Kerana mereka tidak cukup ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.
Ia bukan satu perkara yg mudah tetapi ianya tidak mustahil. Forex ini boleh diceburi oleh siapa-siapa sahaja tetapi forex ini milik org yg cekal dan tabah sahaja. Orang yg sabar dan gigih.
Apa yg penting ialah mempelajari ilmu. Selepas itu mencuba sendiri. Practise. Kerana practise makes perfect. Berdasarkan ilmu yg telah dipelajari itu kita lakukan praktikalnya. Teori sahaja tanpa praktikal tak ada gunanya. Melalui praktikal ini kita baru boleh tahu di mana salah silap kita.
Selepas praktikal itu kita kumpulkan pengalaman. Bab ini akan mengambil masa yg lama. Lagi banyak pengalaman anda lagi mahir anda nanti. Sebab itu there is no short cuts. Semua orang mesti melalui jalan yg sama.
Sebenarnya dalam bidang apa pun, langkah-langkahnya adalah sama sahaja. This is just common sense. Walaupun begitu ia tetap betul dan benar. Ia tetap powerful.