BTC USD 81,546.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salam Perkenalan

Dalam forex ini kita bercakap tentang nett profit. Bukan setiap post yg kita masuk itu akan profit tetapi kita tengok nettnya. Kalau kita dapat 80% profit dan 20% loss itu sudah kira cukup bagus sebab dah tentu akaun kita akan bertambah. Dalam forex ini tidak ada holy grail. Tidak ada 100% profit. Kita kena akur dan terima hakikat ini.
 
Sebab itu bila kita trade kita kena ada stop loss in case the market goes against us. Apabila market tidak mengikut apa yg kita rancangkan maka kita akan diselamatkan oleh stop loss. Dan bila kita trade jangan takut dgn stop loss kerana stop loss itu penyelamat daripada margin call atau bankrupt.
 
Last edited:
Misalnya sewaktu tsunami yg berlaku di Acheh dan Jepun. Market menjadi kelam kabut. Market haywire. Orang panic. Ramai yg bankrupt dalam forex. Sebab itu stop loss itu tersangat penting.
 
Satu lagi perkara yg penting ialah ketenangan dalam trading. Anda hanya boleh trading dgn baik apabila anda dalam keadaan tenang. Barulah keputusan yg anda ambil itu tepat. Ini common sense. Dan anda hanya boleh dapat ketenangan ini apabila anda menggunakan money management yg betul. Betul kata YAB bekas PM kita Tun Dr Mahathir: ramai businessman bumiputera yg gagal ialah kerana tidak mengamalkan pengurusan kewangan yg betul. Money management ialah satu rahsia yg sangat besar dalam forex.
 
Tidak ramai orang yg mengajar money management padahal ianya tersangat penting. Ramai orang yg fokus hanya kepada teknik entry dan tidak melihat pergerakan market itu secara jangka panjang. Money management langsung diabaikan. Tidak di tempat kami. Di sini anda diajar drp A-Z. Bukan setakat itu saja. Anda dibimbing secara berterusan.
 
Tetapi jika anda nak join anda perlulah memilih orang yg boleh membantu anda. Support service itu sangat penting terutama di peringkat permulaan. Saya yakin saya boleh membantu anda. Anda nilailah sendiri drp thread yg saya dah tulis kat CG ni selama ini.
 
Ok setakat ini dulu utk malam ni. Kita sambung lagi di lain kesempatan. Terima kasih kepada guest2 yg sudi membaca thread saya selama ini. Diharap thread ini memberikan maklumat yg berguna utk anda. Sekian. Terima kasih dan selamat malam. Assalamualaikum.
 

welkam dan selamat berkenalan


selamat-datang1.gif
 
Assalamualaikum dan selamat berjumpa kembali. Hujung minggu ialah waktu yg sangat istimewa dan sangat penting bagi professional traders. Hujung minggu ialah waktu bekerja bagi mereka. Mereka menganalisa chart di waktu ini. Oleh kerana chart tidak bergerak maka mereka tidak akan terpengaruh dgn pergerakan market.
 
Apa yg dilihat di hujung minggu? Professional traders akan memilih pair2 yg mempunyai kebarangkalian yg paling tinggi utk bergerak.
 
Back
Top
Log in Register