BTC USD 81,182.8 Gold USD 4,151.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salam Perkenalan

Forex ini satu perniagaan yg sangat menguntungkan bagi mereka yg mengerti. Sebab itu saya kata ilmu itu sangat penting. Anda perlu tahu apa yg sedang berlaku dalam market dan apa yg akan berlaku. Inilah yg perlu dipelajari dan inilah yg diajar di tempat kami.
 
Bila berkawan biar ada kejujuran. Bila berniaga juga biar ada kejujuran. CG ini ilah tempat berniaga. Cari gold. Mencari emas. CG boleh menjadi lubuk emas kalau kena dgn gayanya. Tapi biarlah semua ini bermula dgn kejujuran. Biarlah berniaga itu menjadi satu ibadah. Barulah rezeki itu akan menjadi berkat.:)cgrock
 
Mencari rezeki yg berkat itu lebih penting drp mencari wang yg banyak. Wang dan harta yg banyak belum tentu membawa bahagia malah silap haribulan lebih malang bila wang yg banyak itu membawa bencana. Jadi yg kita nak cari ialah harta yg berkat. Jadi segala urusan kita perlulah berlandaskan kejujuran dan kebaikan. Segala tindak tanduk kita mestilah menjurus ke arah itu. Jangan sekali kali ada unsur- unsur penipuan, potong trip kawan dan sepertinya. Bukan apa takut dimurkai oleh Yg Maha Pencipta. Renung-renungkan.
 
Trading minggu ini agak sukar. Memang sudah dijangkakan berdasarkan candlestick minggu lepas dan juga masa dan ketika. Masa dan ketika ini memainkan peranan yg amat penting dalam sistem kami. Benda ini tidak diajar dalam mana- mana ebook. Ini di antara kelebihan berguru dgn guru yg sebenar.
 
Oleh itu saya tidak masuk position lagi setakat ini kerana market tidak berapa cantik dan tidak begitu meyakinkan. Tetapi ramai kawan2 dah floating. Dalam forex ini kita mencari quality trades bukan quantity trades. Sebab itu kena sabar menunggu setup yg kita kehendaki. Semua ini akan diajar.
 
Boleh mengetahui pasaran tidak begitu cantik dan perlu stay out dan memerhati saja pergerakan pasaran pun dikira sudah cukup bagus. jika anda nak cepat kaya maaf sistem ini tidak sesuai untuk anda. Tetapi jika anda sanggup belajar dan sabar serta berfikir untuk menjana pendapatan yg stabil dan dalam jangka masa panjang maka sistem kami ialah yg terbaik utk anda. Kerana sistem kami digunapakai oleh professional traders.
 
Bagi saya mustahil perkara2 ini dipelajari drp ebook atau belajar sendiri drp internet. Kita tak perlu mengkaji forex ini. Lebih mudah mempelajari drp orang yg dah berjaya.
 
Saya hanya ingin berkongsi apa yg sudah saya lalui. Kerana guru saya ingin membantu mereka2 yg terkial-kial kat luar sana. Yang dah loss banyak. Tidak kurang juga yg ditipu oleh mereka yg tidak bertanggungjawab. Saya sendiri pun pernah merasainya. Saya boleh memberi jaminan guru saya tidak menipu.
 
Di sini anda akan diajar sehingga anda pandai trade sendiri. Ini kelebihan kami. This is our strong point.
 
Back
Top
Log in Register