Muhamad Nornizam
Freshie
- Messages
- 22
- Joined
- Aug 24, 2010
- Messages
- 22
- Reaction score
- 21
- Points
- 8
Saya diberi nama Muhamad Nornizam oleh ke dua orang tua saya. Saya menggunakan nama Muhamad Nornizam sebagai ‘branding name’ di dalam dunia perniagaan internet. Tetapi, saya lagi selesa dipanggil dengan nama Nizam sahaja.
Saya dilahirkan di Hospital Jelebu pada 23 Mac 1985. Saya merupakan anak ke dua dari empat orang adik beradik yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan (anak last). Ketika ini, saya menetap di Tampin kerana masih berkhidmat di dalam sektor kerajaan.
Ketika lapang, saya gemar melayari internet. Saya juga suka menyanyi sebagai salah satu cara untuk melepaskan kebosanan. Tetapi saya menyanyi hanya untuk diri sendiri sahaja. Bukan untuk didengar oleh orang lain. Selain itu, saya suka gemar bersenam dan ber’joging’ merupakan salah satu kegemaran saya.
Saya mengakui sudah mengenali dunia perniagaan internet sudah lama iatu sejak tahun 2005 lagi. Pada ketika itu, saya tiada keyakinan diri untuk melakukan perniagaan internet. Saya banyak menghabiskan masa dengan melayari blog-blog perniagaan internet seperti blog Dr. Irfan Khairi dan Team Saifulsham.
Sejak tahun 2009, saya sudah membiasakan diri dengan ber’blog’ melalui blog duniacintasejati.blogspot.com dan sebelum itu blog gemilangcinta.blogspot.com. Tetapi blog cinta bukanlah minat saya dan saya beralih kepada blog perniagaan internet. Ternyata inilah minat saya.
Syukur, saya berjaya membina blog bisnesku.com sebagai tempat atau cara saya berkongsi pengetahuan dengan para pengunjung blog mengenai perniagaan internet. Pada saya, tahun 2010 adalah tahun bagi saya membabitkan diri dalam perniagaan internet secara serius walaupun sebagai usahawan internet separuh masa.
Saya berharap dan berdoa semoga saya mengecapi kejayaan seperti Ammar Zahar, Zamri Nanyan, Smartzul, Mohd Suhaimy dan lain-lain. Insya Allah.
Salam bisnesku.com,