BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Salam Aidilfitri

Dann

Administrator
gem
Messages
3,572
Staff member
Joined
Nov 19, 2005
Messages
3,572
Reaction score
2,187
Points
111
Kami di dalam pengurusan CariGold.com ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua pengunjung forum komuniti laman web ini yang beragama Islam. Semoga keikhlasan kita melakukan amal ibadat lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan akan diterima Allah swt.

Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf di atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang menguruskan forum ini lebih-lebih lagi sekiranya ia mengundang ketidaksenangan sesetengah pihak.

Semoga komuniti kita akan lebih berjaya dengan program dan projek bisnes yang lebih mengancam pada masa-masa akan datang sesuai untuk kelebihan CG businessman dan businesswoman.

Teruskan menghangatkan forum ini dengan perkongsian ilmu, pengalaman dan gelak ketawa. Tingkatkan aktiviti perniagaan dan tingkatkan kuasa jualbeli antara sesama Muslimin Insyallah kita boleh menyumbang sedikit sebanyak kepada check balance ekonomi negara kita.

Jauhkan diri dengan individu yang penuh prasangka dan perkara negatif. Juga berhati-hati dengan si 'talam dua muka' & si kemaruk (semua dia bantai asalkan duit). Hindarkan perbualan yang memburukkan orang lain (except scammers). Ikhlaskan diri berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan orang lain. Buat kaji selidik terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa transaksi yang melibatkan wang tunai. Insyallah kita berada di landasan yang betul untuk berjaya terutamanya di dalam online business.

Semoga perjalanan anda ke kampung halaman selamat dan sejahtera. Amalkan pemanduan berhati-hati sepanjang musim perayaan.

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ingin reply topik ini? Klik SINI

cgraya1.gif

cgraya2.gif

cgraya3.gif

cgraya4.gif
 
Back
Top
Log in Register