eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: “Saya menyaksikan sendiri pelayan bercoli dan berseluar dalam sedang melayan pelanggan ketika berkunjung ke sebuah restoran di ibu kota bersama beberapa rakan sekerja, beberapa bulan lalu.
“Saya terkejut dengan apa yang saya lihat kerana rupa-rupanya di negara ini juga ada restoran yang menyediakan pelayan sedemikian, malah gadis berkenaan begitu seksi dan manja,” kata Amri, 30, yang mendakwa rakan sekerjanya sempat merakam gambar bersama beberapa gadis seksi ketika berada di restoran berkenaan.
Dia kemudian memuat naik beberapa gambar berkenaan sebelum dihantar ke e-mel seorang wartawan, dengan tujuan memaklumkan apa yang berlaku di restoran berkenaan untuk didedahkan kepada pembaca Harian Metro.
Lelaki itu berulang kali menegaskan, semua yang dilihat dan berlaku dalam restoran ini benar-benar berlaku di ibu kota dan bukannya di negara jiran.
“Semua gambar itu dirakam dalam restoran berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata pihaknya sudah memanggil kedua-dua wartawan Harian Metro yang menulis artikel terbabit untuk diambil keterangan.
Katanya, tindakan itu dibuat selepas mendapati gambar yang disiarkan dalam akhbar berkenaan diragui dan dipercayai diambil pada satu parti yang diadakan di sebuah negara jiran.
Katanya, polis juga sudah ke restoran yang dinyatakan bagi menjalankan siasatan.
Akhbar ini kelmarin mendedahkan kewujudan sebuah restoran di ibu kota yang menyediakan pelayan yang hanya bercoli dan berseluar dalam untuk melayan pelanggan yang menjamu selera.
Yang pasti, pelayan wanita seksi terbabit dijadikan umpan kepada pelanggan lelaki berpoket tebal untuk menjamu selera sambil ‘bermanja’ dengan pelayan.
Kebanyakan pelayan dipercayai warga China itu boleh disentuh atau diusik asalkan menyelitkan wang tip ketika mereka datang ke meja pelanggan.