haudli
CG Top Poster Club

- Messages
- 47,323
Paid Membership
- Joined
- Jul 15, 2009
- Messages
- 47,323
- Reaction score
- 452
- Points
- 136
MASALAH sakit pinggang kronik sering dialami saya pada setiap pagi selepas bangun daripada tidur, terutama selepas melakukan hubungan suami isteri. Apakah punca kesakitan ini?
KAMARUL PENING,
Kemaman, Terengganu
Tinjauan rambang mengenai seks dan sakit belakang yang pernah dijalankan di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 60 peratus lelaki dan 40 peratus perempuan yang pernah mengalami sakit belakang atau ‘low back pain’ mengalami masalah disfungsi seksual.
Jadi masalah anda bukan perkara luar biasa kerana mengikut pakar yang pernah membicarakan mengenai seks dan sakit belakang, dia berpendapat kegagalan melakukan persetubuhan yang sering dialami individu yang mengalami sakit belakang disebabkan beberapa masalah.
Yang utama sekali ialah tekanan perasaan yang berlaku akibat sakit belakang, tindak balas atau kesan sampingan ubat yang digunakan untuk menahan sakit yang turut mengganggu fungsi syahwat dan sakit belakang itu sendiri.
Pakar itu juga menjelaskan, sakit belakang yang kronik mendapat rawatan sama ada secara pengambilan ubat atau dengan senaman serta fisioterapi dapat membantu mengubahkan tekanan dialami pesakit supaya mereka dapat menghayati seks dengan sempurna.
Jika amalan senaman yang anda lakukan itu dapat membantu mengembalikan keseronokan syahwat dengan pasangan anda, teruskan usaha untuk mengatasi masalah sakit belakang anda.
Lebih baik jika anda dapat bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan mengenai sakit belakang anda. Doktor akan jalankan pemeriksaan rapi untuk mengesan sebab ia berlaku.
Doktor akan periksa tulang belakang anda sama ada posisinya normal atau sebaliknya. Doktor juga akan meneliti keadaan otot belakang, sama ada wujud ‘spasm’ atau cengkaman yang menandakan tekanan kepada otot berkenaan.
Jika anda pernah mengalami kecederaan di bahagian belakang yang menyebabkan ‘disc’ tulang belakang terjojol keluar dan menekan urat saraf, masalah itu dikenali sebagai ‘intervertebral disc prolapse’, dan anda perlu dapat rawatan sewajarnya untuk mengurangkan tekanan itu kepada urat saraf anda.