BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Facebook Saham Facebook jatuh

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
du_01.1.jpg

GAMBAR fail pada 18 Mei lalu menunjukkan Zuckerberg (memegang mikrofon) berdiri di ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California.

NEW YORK - Harga saham Facebook jatuh lebih lima peratus semalam selepas ia menjuman 11 peratus kelmarin.Dalam dagangan semalam, harga saham itu ialah pada AS$31.92 (RM) merosot berbanding AS$34.03 (RM) kelmarin.

Saham Facebook sebelum ini dibuka pada harga AS$38 (RM118.63) seunit yang merupakan tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar di AS.

Kejatuhan tersebut berlaku selepas sesi dagangan bergelora pada Jumaat lalu yang menyaksikan saham Facebook meningkat pada awal dagangan sebelum kembali merudum pada hari yang sama.

"Pelabur runcit takut untuk membeli saham Facebook. Kebanyakan orang sebelum ini menyangka ia satu pelaburan yang amat menguntungkan.

"Justeru apabila situasi sebaliknya berlaku, tiada siapa tahu sejauh mana saham ini akan merudum," kata Eksekutif Dana Internet Sosial, Lou Kerner.

Menurutnya, situasi tersebut didorong sentimen negatif sebahagian pelabur yang sangsi sama ada Facebook dapat terus berkembang dan mencatat lebih banyak keuntungan pada masa depan.

Salah seorang pengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg.

Pada Sabtu lalu, beliau melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Priscilla Chan.

Majlis tersebut dihadiri sekitar 100 tetamu di kediaman Zuckerberg di Palo Alto, California.

Ia berlangsung sehari selepas Facebook membuat IPO bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka. - Agensi
 
zuckenberg!! aku nak buang TIMELINE aku!!!!waaaaaa
 
sejak facebook aku dijangkiti timeline aku dah x bukak facebook dahhhh
 
sejak facebook aku dijangkiti timeline aku dah x bukak facebook dahhhh

mcm ane nk buang timeline?? sakit mate tgok... klu bleh nk jd asal blik la.
 
syarikat kukuh mcm tu baru masuk terus jatuh ke?
kalo mcm tu, tak pelik la kalo felda masuk bursa saham masuk je terus jatuh kan?
 
apa bisnes FB bley buat untung lebih selain drpd pengiklanan je.
tak hairan la cepat sham dia jatuh.
amazon.com ada bisnes jual beli, yahoo ada pelbagai bisnes
FB kena pikir buat bisnes lain utk tarik pelabur walau pon eksen ada berbilion pengguna.

felda? as long as ada bisnes sawit, insyaAllah maybe stabil di pasaran. walau pon maybe ada turun naik harganya nnt.
 
Back
Top
Log in Register