BTC USD 84,018.1 Gold USD 4,279.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Saham Brahim`s tunjuk tanda positif

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Brahim's​

SAHAM Brahim's Holdings Bhd's diniagakan positif sekalipun perjanjiannya dengan syarikat penerbangan negara Malaysia Airline System Bhd (MAS) belum 'selesai'.

Setakat 12.45 tengah hari, saham syarikat naik dua sen kepada 96 sen dengan 1.72 juta unit didagangkan.

Semalam, Brahim's dan MAS dilapor belum memuktamadkan rundingan bagi perjanjian katering baharu (NCA), sekalipun tarikh akhir untuk menamatkan rundingan itu telah dilanjutkan daripada 31 Mac kepada 31 April lalu.

Brahim's dan MAS memeterai perjanjian penyelesaian pada 26 Feb untuk menyelesaikan pertikaian tertentu dan rundingan NCA bagi menggantikan perjanjian katering sedia ada Brahim's dengan MAS.

Perjanjian itu merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan MAS bernilai RM6 bilion yang diumum oleh Khazanah Nasional Bhd pada Ogos tahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Brahim's berkata, ia akan membuat pengumuman selanjutnya mengenai sebarang perkembangan.

Brahim's memiliki 70 peratus pegangan dalam Brahim's Airline Catering Sdn Bhd (BAC), katerer dalam penerbangan dan kontrak selama 25 tahun yang akan tamat pada 2028 untuk menyediakan makanan dan perkhidmatan berkaitan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pada masa ini BAC menyediakan perkhidmatan kepada 37 syarikat penerbangan dan MAS adalah pelanggan terbesarnya. - Bernama
 
Ya Brahim syarikat makanan berempah yang paling terkenal. Berjaya menghasilkan resepi yang lazat dan diyakini.
 
Casino Deposit Bonus Pertama!
100% Bonus sehingga MYR500!
KLIK SINI!
cashbackfdb-promoheader-en-06292015.jpg


Poker Bonus Selamat Datang
Welcome Bonus package $20!
ATAU SINI!
welcome-bonus-package-header-en.jpg


Sports Deposit Bonus Pertama!
100% Bonus sehingga MYR688
SINI PON BOLEH!
promo-page-header-584x278-myr.jpg

Jangan random snagat
 
Back
Top
Log in Register