BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sahabat Nabi Berpaling Dari Jalan Allah?

AceGlobal13

Active Member
Messages
1,969
Joined
Dec 22, 2008
Messages
1,969
Reaction score
81
Points
30
Kajian mengenai para sahabat yang telah menjadi kafir-murtad sesudah kewafatan Nabi s.a.w adalah sesuatu yang mencemaskan. Meskipun begitu, ianya satu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Ini adalah kerana bukti kebenarannya telah dicatat oleh 2 imam besar dari kalangan ulama hadits iaitu Bukhari dan Muslim. Menerusi kedua-dua kitab hadits mereka - yang dianggap oleh pihak Sunni adalah kitab yang paling shahih selepas al-Quran - terdapat sejumlah besar hadits yang menjelaskan tajuk perbahasan kita ini.

Berikut dikemukakan 11 riwayat dari keduanya:

A. Shahih Bukhari: Hadits Bil. 6593, 7048, 6575, 6582, 7050 dan 7051.

B. Shahih Muslim: Hadits Bil. 5926, 5927, 5928, 5929 dan 5930.

(A)Enam Riwayat dari Shahih Bukhari

(1) Dari Abdullah bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:

أنا فَرَطَكُم عَلَى الحَوضِ وَلَيعرفنّ معي رجال منكم ثم ليختلجنّ دوني فأقول: يا ربّ أصحابي! فيقال: إنّك لا تدري ما أحدثوا بعدك

"Aku akan mendahului kalian di al-Haudh dan pasti diantara kalian (para sahabat) akan dibawa di hadapanku. Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku. Aku akan bertanya: Wahai Tuhan, mereka adalah para sahabatku! Maka dijawab: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas kamu meninggalkan mereka"​

(2) Dari Anas bin Malik dari Nabi s.a.w bersabda:

ليردنّ عليّ ناس من أصحابي الحوض حتى اذا عرفتهم اختلجوا دوني فأقول: أصحابي! فيقول: لا تدري ما أحدثوا بعدك

"Pasti akan dibawa segolongan dari para sahabatku ke al-Haudh, dan bila aku mengenali mereka, lalu mereka akan dipisahkan jauh daripadaku. Alu berkata: Para sahabatku! Maka dijawab: Kamu tidak mengetahui apa yang mereka lakukan setelah kamu meninggalkan mereka"​

(3) Dari Abu Hazim dari Sahl bin Sa`ad dari Nabi s.a.w bersabda:

أنا فرطكم على الحوض من مرّ عليّ شرب ومن شرب لم يظمأ أبدا ليردنّ عليّ أقوام أعرفهم ويعرفونني ثم يحال بيني وبينهم​


"Aku akan mendahului kalian (para sahabat) di al-Haudh. Siapa yang akan melaluinya akan dapat meminumnya. Dan siapa meminumnya tidak akan dahaga buat selama-lamanya. Akan dibawakan kepadaku beberapa kaum yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku, kemudian dihalang diantara aku dengan mereka"​

Abu Hazim berkata: Selepas mendengar kata-kataku tadi lalu Nu`man bin `Iyasy bertanya: Adakah kamu benar-benar telah mendengar sedemikian daripada Sahl? Aku menjawab: Ya. Aku bersumpah bahawa aku telah mendengar Abu Sa`id al-Khudri berkata perkara yang sama, bahkan dia menambah bahawa Nabi telah bersabda:

فأقول: انهم منّي! فيقال: انّك لا تدري ما أحدثوا بعدك! فأقول: سحقا سحقا لمن غيّر بعدي!

"Aku akan berkata: Mereka itu daripadaku! Maka dijawab: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang telah mereka lakukan setelah kamu meninggalkan mereka. Lalu aku berkata: Jauh! Jauh! Mereka yang telah berubah selepas pemergianku!"​

(4) Dari Ibnu Musayyab (menantu Abu Hurairah) dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w telah bersabda:

يرد عليّ يوم القيامة رهط من أصحابي فيحلّون عن الحوض فأقول: يا ربّ أصحابي! فيقول: انّك لا علم بما أحدثوا بعدك انّهم ارتدّوا على أدبارهم القهقري

"Akan dibawakan kepadaku pada hari kiamat kelak sekumpulan dari para sahabatku, lalu mereka akan dipisahkan dari al-Haudh, maka aku berkata: Wahai Tuhan, mereka adalah para sahabatku! Maka dijawab: sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas kamu meninggalkan mereka. Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka"​

(5) Dari Ibnu Musayyab bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:

يرد عليّ الحوض رجال من أصحابي فيحلّون عنه فأقول: يا ربّ أصحابي! فيقول: انّك لا علم بما أحدثوا بعدك انّهم ارتدّوا على أدبارهم القهقري

"Sekumpulan lelaki dari sahabatku akan dibawa kepadaku di al-Haudh lalu mereka dibawa jauh darinya, maka aku berkata: Wahai Tuhan mereka adalah para sahabatku! Maka dijawab: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas kamu meninggalkan mereka. Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka"​

(6) Dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:

بينا أنا قائم اذا زمرة حتى اذا عرفتهم خرج رجل من بيني وبينهم فقال: هلمّ! فقلت: اين؟ قال: الى النّار! قلت: وما شأنهم؟ قال: انّهم ارتدّوا بعدك على أدبارهم القهقري. فلا أراه يخاص منهم الا مثل همل النعم

"Ketika aku sedang berdiri, tiba-tiba ada sekumpulan, setelah aku dapat mengenali mereka, lalu keluar seorang lelaki (malaikat) diantara aku dan mereka berkata: Bergerak! Aku bertanya: ke mana? Dia menjawab: ke neraka! Aku bertanya: Apakah kesalahan mereka? Dia menjawab: Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka. Setelah itu aku tidak melihat mereka terselamat melainkan (beberapa orang) seperti unta tersesat / terbiar dari pengembalanya"​

Huraian Ilmiyah

Menerusi seluruh riwayat di atas, kita dapati Bukhari meriwayatkan dengan perkataan-perkatan berikut:

1. Para sahabatku (4 kali) اصحابي

2. Sekumpulan lelaki dari kalangan kalian (1 kali) رجال منكم.

3. Segolongan manusia dari sahabatku (1 kali) ناس من أصحابي

4. Sekumpulan dari sahabatku (1 kali) رهط من أصحابي

5. Sekumpulan lelaki dari sahabatku (1 kali) رجال من أصحابي

6. Sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang mereka lakukan setelah kamu meninggalkan mereka (3 kali) انك لا تدري ما أحدثوا بعدك .

7. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang mereka lakukan setelah kamu meninggalkan mereka. (2 kali) انك لا علم لك بما أحدثوا بعدك .

8. Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad sesudah pemergianmu انهم ارتدّوا بعدك على أدبارهم القهقري (4 kali).

9. Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) / Ke Nerakalah sesiapa yang berubah setelah pemergianku!( 1 kali) سحقا! سحقا! لمن غيّر بعدي!.

10. Dan aku tidak nampak mereka terselamat melainkan seperti unta yang tersesat / terbiar dari pengembalanya. (1 kali) فلا أراه يخاص منهم الا مثل همل النعم kali).


 
(B)Lima Riwayat dari Shahih Muslim

(1) Dari Abu Hazim dari Sahl bin Sa`ad dari Nabi s.a.w bersabda:

أنا فرطكم على الحوض من ورد شرب ومن شرب لم يظمأ أبدا ليردنّ عليّ أقوام أعرفهم ويعرفونني ثم يحال بيني وبينهم

"Aku akan mendahului kalian di al-Haudh. Siapa yang akan melaluinya akan dapat meminumnya. Dan siapa meminumnya tidak akan dahaga buat selama-lamanya. Akan dibawakan kepadaku beberapa kaum yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku, kemudian dihalang diantara aku dengan mereka"​

Abu Hazim berkata: Selepas mendengar kata-kataku tadi lalu Nu`man bin `Iyasy bertanya: Adakah kamu benar-benar telah mendengar sedemikian daripada Sahl? Aku menjawab: Ya. Aku bersumpah bahawa aku telah mendengar Abu Sa`id al-Khudri berkata perkara yang sama, bahkan dia menambah bahawa Nabi telah bersabda:

فأقول: انهم منّي! فيقال: انّك لا تدري ما أحدثوا بعدك! فأقول: سحقا سحقا لمن بدّل بعدي!

"Aku akan berkata: Mereka itu daripadaku! Maka dijawab: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang telah mereka lakukan setelah kamu meninggalkan mereka. Lalu aku berkata: Jauh! Jauh! Mereka yang telah berubah selepas pemergianku!"​

(2) Dari Ubaidillah bin Abi Mulaikah bahawa dia telah mendengar Aisyah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah bersabda ketika itu baginda bersama para sahabatnya:

إنّي على الحوض أنتظر من يرد عليّ منكم. فوالله, ليقطتطعنّ دوني رجال فلأقولنّ: أي ربّي منّي ومن أمّتي! فيقول: انّك لا تدري ما عملوا بعدك, ما زالوا يرجعون على أعقابهم​


"Aku akan menunggu sesiapa diantara kalian (para sahabat) yang akan dibawa kepadaku di al-Haudh. Demi Allah, pasti akan mereka akan ditarik pantas dariku, maka aku akan berkata: Wahai Tuhan, mereka adalah daripadaku. Maka dijawab: sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang mereka lakukan selepas kamu meninggalkan mereka. Mereka sentiasa berundur ke belakang (menjadi kafir-murtad)"​

(3) Dari Abdullah bahawa Rasul telah bersabda:

أنا فرطكم على الحوض ولأنازعنّ أقواما ثم لأغلبنّ عليهم فأقول: يا رب أصحابي أصحابي! فيقال: انّك لا تدري ما أحدثوا بعدك

"Aku akan mendahului kalian di al-Haudh dan pasti aku akan menarik beberapa kaum kemudian aku ditewaskan (dari menarik mereka bersama), maka aku berkata: Wahai Tuhan, mereka adalah para sahabatku, para sahabatku! Lalu dijawab: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang mereka lakukan setelah kamu meninggalkan mereka"​

(4) Dari Anas bin Malik bahawa baginda Rasul telah bersabda:

ليردنّ عليّ الحوض رجال ممن صاحبني حتى اذا عرفتهم ورفعوا اليّ اختلجوا دوني فلأقلنّ: أي ربّ أصيحابي! أصيحابي! فيقالنّ: انّك لا تدري ما أحدثوا بعدك

"Pasti akan dibawa kepadaku di al-Haudh sekumpulan lelaki yang telah bersahabat denganku. Setelah aku dapat mengenali mereka dan mereka diangkat kepadaku, lantas mereka dipisahkan daripadaku, maka aku berkata: Wahai Tuhan, mereka adalah para sahabatku! Para sahabatku! Maka dijawab: Sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang telah mereka lakukan setelah kamu meninggalkan mereka"​

(5) Dari Asma` binti Abi Bakar dari Nabi s.a.w:

إنّي على الحوض حتى أنظر من يرد منكم سيؤخذ اناس دوني فأقول: يا ربي منّي وامّتي! فيقال: أما شعرت ما عملوا بعدك والله ما برحوا بعدك يرجعون على أعقابهم

"Aku berada di al-Haudh hingga aku melihat seseiapa diantara kalian (para sahabat) yang akan dibawa kepadaku. Dan segolongan manusia akan dipisahkan daripadaku, maka aku berkata: Wahai Tuhan, mereka dariku dari umatku. Maka dijawab: Apakah kamu tidak menyedari apa yang telah mereka lakukakn sepeninggalanmu? Demi Allah, mereka terus-terusan kembali kepada kekafiran sepeninggalanmu"​

riwayat Muslim pula menyebut perkataan berikut:

1. Para sahabatku أصحابي (1 kali).

2. Mereka yang telah bersahabat denganku ممن صاحبني (1 kali.)

3. Para sahabatku أصيحابي (1 kali).

4. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang mereka lakukan setelah kamu meninggalkan mereka انك لا تدري / ما شعرت ما أحدثوا / ما عملوا بعدك (3 kali).

5. Mereka berterus-terusan kembali menjadi kafir-murtad sepeninggalanmu ما زالوا يرجعون على أعقابهم / مل برحوا بعدك (2 kali).

6. Jauh! Jauh! (daripada rahmat Allah) sesiapa yang berubah setelah pemergianku! سحقا! سحقا! لمن غيّر بعدي! (1 kali).

Menerusi periwayatan di atas, maka dapat disimpulkan sebab utama para sahabat menjadi kafir-murtad ارتدوا / لا يزالون يرجعون على أعقابهم adalah kerana mereka telah mengubah sebahagian besar hukum Allah dan sunnah-sunnah Nabi-Nya بدّلوا / غيّروا dengan melakukan berbagai bid`ah أحدثوا dengan amalan-amalan عملوا yang menyalahi al-Quran dan as-Sunnah. Hanyalah sebilangan kecil daripada mereka sahaja yang terselamat seperti bilangan unta yang tersesat / terbiar مثل همل النعم .

 
Syiah Membuat Kategori Sahabat Nabi s.a.w

Berdasarkan nas dalil dari al-Quran dan as-Sunnah shahih, maka umat Islam Syiah Imamiyah mengkategorikan para sahabat kepada 3 golongan berikut:

Pertama - Golongan sahabat yang baik dan telah mengenal Allah dan Rasul-Nya dengan keilmuan yang sempurna. Mereka telah berbai`at kepada agama Allah dengan sedia berkorban deminya. Mereka bersahabat dengan baginda Rasul dengan jujur dan ikhlas dalam ucapan dan perbuatan mereka. Mereka tidak berpaling dari jalan Rasul sepeninggalan baginda. Mereka telah memperolehi pujian dari Allah dalam sejumlah ayat-ayat-Nya. Rasul juga memuji mereka di dalam himpunan sabdaannya. Umat Islam Syiah Imamiyah menghormati mereka dengan diucapkan kepada mereka gelaran رضي الله عنهم “Semoga Allah meredhai mereka”.

Kedua - Golongan sahabat yang mengaku Islam di hadapan Rasul kerana sesuatu tujuan atau mengharapkan sesuatu ataupun kerana takut. Mereka meminta jasa dari baginda atas keislaman mereka. Adakalanya mereka mengganggu Nabi dan tidak patuh pada perintah dan larangannya. Bahkan mereka berani mengutamakan pendapat-pendapat peribadi di hadapan nas-nas yang nyata, sehingga Allah s.w.t telah mewahyukan ayat-ayat yang mencela dan mengancam perbuatan mereka. Diikuti dengan sabdaan Nabi yang memberi amaran keras kepada mereka. Umat Islam Syiah Imamiyah tidak pernah menghormati golongan sahabat yang sebegini sikap mereka.

Ketiga - Golongan munafik yang menyembunyikan kekafiran mereka tetapi menzahirkan keislaman di hadapan Rasul. Mereka bersahabat dengan Nabi demi untuk memperdaya baginda dan umatnya. Allah s.w.t telah menurunkan satu surah penuh yang membuka pekong-pekong mereka. Selain itu, ancaman Allah ke atas mereka dengan siksaan api neraka amat banyak diselitkan pada himpunan ayat-ayat al-Quran. Rasul juga menyebut dan mengancam mereka. Kaum Syiah Imamiyah melaknat dan menjauhkan diri dari mereka.

Inilah kategori sahabat di sisi Syiah Imamiyah. islam Syiah tidak mengkafirkan sahabat dengan sesuka hati tanpa bukti nas. Mereka hanya menurut apa yang dijelaskan oleh Rasul s.a.w bahawa sahabat tidak semuanya baik dan memberi petunjuk buat umat Islam.
 
ok, kempen mengkafirkan Sahabat-Sahabat Nabi sudah bermula..jom kita menyertainya!!
 
tambahan sket...

bila pasal pengkafiran Sahabat, pakai Hadith Sahih Bukhari & Muslim. tapi bab gelaran As-Siddiq dari Hadih Muslim plak kamu tolak..

HIKPOKRIT OOOOO....
 
tambahan sket...

bila pasal pengkafiran Sahabat, pakai Hadith Sahih Bukhari & Muslim. tapi bab gelaran As-Siddiq dari Hadih Muslim plak kamu tolak..

HIKPOKRIT OOOOO....

Bukhari dan Muslim hanyalah pengumpul hadits. Bahkan tidak semua hadits shahih ada padanya. Ia bertebaran di sisi ulama hadits lain. Disebabkan itulah maka Syiah Imamiyah menerima sesebuah hadit berlandaskan kepada sokongan hadits2 lain yang menguatkan antara satu sama lain.

Jika anda kata bahawa hadits Bukhar dan Muslim semuanyan shahih, maka sila tunggu sebentar saya akan buka thread khusus berkenaan beberapa hadits yang anda anggap ia shahih tapi menyalahi kemaksuman Nabi dan kemuliaan Allah s..w.t. Dan saya minta anda menepis hadits tersebut.
 
Bukhari dan Muslim hanyalah pengumpul hadits. Bahkan tidak semua hadits shahih ada padanya. Ia bertebaran di sisi ulama hadits lain. Disebabkan itulah maka Syiah Imamiyah menerima sesebuah hadit berlandaskan kepada sokongan hadits2 lain yang menguatkan antara satu sama lain.

Jika anda kata bahawa hadits Bukhar dan Muslim semuanyan shahih, maka sila tunggu sebentar saya akan buka thread khusus berkenaan beberapa hadits yang anda anggap ia shahih tapi menyalahi kemaksuman Nabi dan kemuliaan Allah s..w.t. Dan saya minta anda menepis hadits tersebut.

yeah yeah...whatever...dah tau kamu akan jawab gini..

jangan lupa letakkan sekali senarai penuh Sahabat-Sahabat yang telah dikafirkan oleh Syiah Imamiyah yer...

p/s : asalkan hadith tu tak bersalahan dengan Syiah Imamiyah, Hadith Maudu' pun kamu ambil buat hujah...jom kita kafirkan Sahabat Nabi!
 
Setiap kali TT bukak thread, mesti aku blur.
tak paham...
 
Setiap kali TT bukak thread, mesti aku blur.
tak paham...

maksudnya, dalam thread ini dia nak membuktikan bahawa mazhab TT iaitu Syiah Imamiyah adalah benar dalam mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi...

sepatutnya si Ace kena tukar tajuk thread macam ni, "Jom Kafirkan Sahabat-Sahabat Nabi"...baru semuanya jelas sket..
 
pelik2...macam laa penah idup zaman nabi smpikan sahabat nabi pun dikafirkan..huhuhuh
 
Back
Top
Log in Register