persona 1.6 (Manual) sedap bawa, dan terasa body solid dan gear pun sedap nak masuk.
kekurangan persona ni sempit, nampak mcm besar tapi sempit gile kalau naik 4 orang.
kelajuan max 190km/j. persona ni sporty, stable, selesa gile drive jauh2 kalau berdua sahaja
bonet belakang luas.
persona dah jual
dah jalan 400,000+++ km kegunaan harian xingat lah bape km tp mcm tu la.
pemanduan 1.6 saga teksi (Manual) pula fun drive gearmasuk ok2je lah.kalau kat traffic light tu tayar depan selalu spin lebih.
kalau naik 4 orang masih selesa atap tinggi,seat row pun besar,
bonet belakang ciputtttt.........kelajuan dah pernah rembat sampai habis meter habis 240km/j
saya drive teksi meter setakat nih lepas dah jual teksi tu rasanya 600,000+++ km
saya bukan jenis modified2 kereta. pakai kereeta stock je kurang sikit masalah.
setakat ni masalah kedua2 jenis proton ni overheat sbb kipas tak pusing. setiap2 dua tahun or lebih sikit tukar la kipas dan relay.xnak pening kepala gitu ler.
tingkap xleh naik tu dah biasa dengan proton, tukar suis 1 set settle.
skg pakai kereta alza baru pula.